Sang Hamba: Awal-awal beragama, ape nak buat?

Sang Hamba

Peringatan Buat Diriku yang Lupa

Monday, February 06, 2006

Awal-awal beragama, ape nak buat?

Ermm, aku nak share sket ape yang aku tau sket sebanyak. kalau silap korang tegur la yek. ada ulamak bagitau bahwa
"awaluddin makrifaatullah"
maknanya awal bagi beragama tu ialah mengenal Allah.
Ermm, pendek kata sebelum kita nak sembah Allah, sekurang-kurangnya kenalah kita tahu sape yang kita nak sembah tu kan? takde la 'hanging' gitu jer tentang sape sebenarnya Allah itu. Sekurang-kurangnya hendaklah kita kenal Allah melalui sifat2nya yang dapat dilihat pada makhluk2nya.

Sebenarnya, adanya Allah itu boleh dibuktikan sendiri dengan akal fikiran yang diberikan oleh Allah ini. Salah satu bukti ialah seorang penulis Brazil yang bernama Paulo, beliau dilahirkan dalam keluarga miskin yang membesar dengan menjaga kambing di padang rumput. setiap hari beliau memperhatikan perjalanan alam. Hasil penilitian beliau terhadap alam ini, di dalam bukunya beliau menulis bahawa alam ini ditadbirkan oleh satu kuasa yang menguasai segala-galanya. Segala sesuatu adalah berkait dan datang daripada sumber yang satu.

Nabi diutuskan hanyalah untuk mempermudahkan manusia atau sebagai shortcut bagi hidayah. Semua dalil-dalil yang dibawa oleh nabi dan Al-Quran adalah untuk membantu akal kita berfikir dengan panduan yang betul untuk memcapai maksud asas dalam mengenali Allah. Adalah silap bagi sesiapa yang menyangka bahawa dalil-dalil yang dibawa oleh nabi dan Al-Quran adalah melangkaui apa yang boleh difahami oleh akal fikiran manusia. Di akhirat, hanya manusia yang mempunyai akal yang sempurna saja akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka. Dalam kaedah feqah sekalipun, berakal menjadi syarat bagi setiap ibadah. Cukuplah itu untuk membuktikan bahawa akal manusia dipertanggungjawabkan untuk memikirkan dan memilih tuhan yang haq semasa hidup didunia ini. And once you are a true believer, you will eventually end up in Jannah (syurga) no matter how much sin you commit in this world.

Di sini boleh disimpulkan, bahawa harga bagi syurga itu adalah iman (yakin yang sempurna 100% pada ketuhanan Allah, err panjang citer lagi ni) dan (syurga) itulah semahal-mahal khazanah Allah bagi manusia. Dalam maksud yang lain juga, iman adalah benda yang paling sukar untuk diperolehi di dunia ini sepadan dengan balasan yang bakal diberi. Selama ini kita mengaku sebagai orang Islam, pernahkan kita 'evaluate' sejauh mana keyakinan kita kepada Allah? dan juga kepada segala janji-janji Allah? Kerana apa? kerana Allah tidak menerima keyakinan yang mempunyai sedikit ragu walaupun sebesar zarah itu sebagai iman..... beriman bagi Allah, ialah yakin sebulat hati akan kekuasaan Allah selaku tuhan yang menciptakan dan menguruskan alam ini.......next aku akan bawa dalil-dalil hadis tentang cara nak evaluate iman kita. Adakah kita telah beriman?

BERSAMBUNG....... more about iman

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
FRAMEBORDER=0 BORDER=0 MARGINWIDTH=0 MARGINHEIGHT=0 VSPACE=0 HSPACE=0 SCROLLING=NO>