Bina Kehidupan
Hari ni begitu ramai orang yang sibuk dalam usaha mereka membina kehidupan dunia masing2. Begitu banyak impian yang belum tercapai yang bagi mereka harus direalisasikan sebelum mereka meninggalkan dunia ini.
Sedarkah kita bila sampai waktunya pasti dan pasti kita akan meninggalkan segala-galanya yang kita miliki di dunia ini untuk berpindah ke negeri Akhirat yang kekal abadi. Segala-galanya termasuk jasad kita akan ditinggalkan dan Roh kita akan dihadapkan kepada Allah. Di katakan sependek-pendek waktu di dalam kubur adalah 40,000 tahun (jarak antara sangkakala pertama dan kedua), 50,000 tahun di padang mahsyar, panjang titian siraat adalah 1,500 tahun perjalanan, selanjutnya kehidupan yg kekal abadi sama ada di dalam syurga atau neraka.
Pernahkah kita berfikir untuk membina kehidupan akhirat kita yg kekal abadi? begitu banyak ganjaran yang dijanjikan Allah untuk setiap jenis amalan yang kita lakukan. Pernahkah kita berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan demi mendapat segala janji2 Allah itu? Contohnya barangsiapa yang mati ketika keluar fiisabiilillah maka Allah akan membina satu mahligai disyurga yang lebar mahligai itu ialah dari rumahnya hingga ke tempat di mana dia Meninggal dunia. sekecil-kecil syurga bagi manusia yang terakhir sekali masuk ialah 10x ganda langit dan bumi.
Apa yang menangguh-nangguhkan kita ialah kerana lemahnya iman dan keyakinan di atas setiap janji2 Allah. Segala-galanya di dunia ini tiada yang percuma apatah lagi Iman yang mana Iman adalah harga bagi Syurga. Dikatakan bahawa tuntutan pertama setelah seorang mula memeluk Islam ialah untuk menyempurnakan tuntutan ikrar Kalimah Syahadah iaitu Kalimah Iman. Selama 9 tahun Nabi SAW mengusahakan iman para sahabat melalui perantaraan kerja dakwah sebelum turunnya perintah sembahyang pada tahun ke-9 kerasulan . Melalui perantaraan dakwah, setiap hari para sahabat disuruh mengiklankan kebesaran Allah kepada manusia dan mengajak manusia untuk mengagungkan Allah dan mengiklankan segala janji2 Allah kpd mereka yg taat dan ingkar, yang mana ini menjadi asbab bertambahnya keimanan mereka terhadap apa yang mereka cakapkan dan iklankan setiap hari.
Apabila seseorang memeluk Islam, maka dia dikatakan belum beriman sehingga dia benar2 telah memasukkan tuntutan syahadah ke dalam hati dan darah dagingnya. Pernah satu ketika terdapat sekumpulan arab badwi datang kepada nabi SAW dan bersaksi bahawa mereka telah beriman, dengan itu Allah telah menurunkan satu ayat Al-Quran menyuruh Nabi SAW memperbetulkan percakapan mereka "bahawasanya mereka belum beriman, tetapi ucaplah "bahawasanya aku telah Islam". Dengan ini dapat kita fahami bahawa orang yang masuk Islam belum boleh mengatakan dirinya beriman sehingga dia telah mengusahakan atas dirinya untuk meyakini sungguh2 akan segala tuntutan Kalimah Syahadah.
Apakah tuntutan Kalimah Syahadah? InsyaAllah next post saya kongsikan (sekadar ilmu yang saya ada)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home