Sang Hamba: Selingan 00001

Sang Hamba

Peringatan Buat Diriku yang Lupa

Wednesday, February 08, 2006

Selingan 00001

Ni nak kongsi satu kisah benar, best citer ni so jangan pi memana. so citernya gini (jeng, jeng jeng):

Ada satu jemaah tabligh yang keluar berdakwah di kawasan gelap di kota London, kiranya situ kawasan gangster ler. So ada la mamat tabligh 2 orang ni keluar nak jumpa orang2 kat situ, dipendekkan citer diorang jumpa dengan sorang mamat gangster ni, diorang so apalaga ajak borak la kan. Alhamdulillah dgn izin Allah mamat gangster ni kira layan gak la diorang and eventually diorang dapat la tahu yang mamat ni sebenarnya Muslim. So diorang ajak mamat ni pi masjid kat tempat gang2 tabligh lain ada sama. Kalau nak tahu mamat ni boleh dikatakan tak pernah pegi masjid, so kira islam pada nama saja ler. Ape pasal islam pun dia blur. so kat masjid ni diorang bagi ler mamat ni penerangan lanjut sket tentang agama ni kan la kan, and ajak dia ni keluar 3 hari bersama mereka di jalan Allah. Dilembutkan hati so mamat ni kira OK ler, dia cakap dia nak join keluar 3 hari dengan diorang ni.

Lepas tu mamat ni mintak la kebenaran nak balik rumah dia sebab dia nak packing sket seblum dia datang balik. After dia balik, dipendekkan citer (walaupun dah panjang dah ni) jemaah ni tak jumpa2 mamat ni sampai 2 hari. Selepas 2 hari jemaah putuskan untuk hantar 2 orang brothers ni pi tanya perihal mamat ni la kan. So in the end dapatla diorang cari rumah mamat ni. Haaa ni part best ni.

Kat rumah tu diorang jumpa mak mamat ni jer, mamat tu takde. bila diorang tanya mak dia, mak dia bagitau sebenarnya anak dia dah meninggal dunia and mak dia share satu citer yang best cenggini (sambil aku tunjuk jari best gini haa, nampak tak? tak nampak bedosa (ckp dgn nada cam mengorat awek)). Mak dia cakap, lepas anak dia balik rumah packing, lepas dia keluar rumah, dia meninggal kena langgar kereta. Pada malamnya mak dia bermimpi, jumpa anak dia kat syurga. Punya la terbangak beruk mak dia kehairanan la kan. camner anak aku yg perangai cam adik beradik setan ni boleh masuk syurga? apa pun tak tau pasal agama. dipendekkan citer (lagi) anak dia bagitau yg Allah terima sedikit usaha dia nak ubah diri dan ampunkan dosa dia. mamat tabligh ni pun terkejut dan insaf gak ler dengar citer mak mamat ni tadi (exaggerate sket) pastuh tak lama lepas tu diorang pun balik la ke masjid and share the story with the rest of the jamaah.

ni la best kan kadang2 masa keluar tu Allah tunjukkan kebesaran dia yang boleh bagi kesan kat semua orang. mudah2an Allah pilih saya dan tuan2/puan2/bini orang/awek/dll sebagai manusia yang diberi limpah rahmatnya dan termasuk ahli syurga. Wabillahi.... isk..isk cedihnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
FRAMEBORDER=0 BORDER=0 MARGINWIDTH=0 MARGINHEIGHT=0 VSPACE=0 HSPACE=0 SCROLLING=NO>