Sang Hamba: Renungan 00001

Sang Hamba

Peringatan Buat Diriku yang Lupa

Wednesday, February 08, 2006

Renungan 00001

===================================
Firman Allah:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Al-Baqarah (186)

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"
Al-Qaaf (16)
===================================

Tahukah anda?
bahawa fakta di atas (Allah dekat dengan makhlukNya) boleh dijelaskan oleh AKAL?.. hehe sebenarnya segala rahsia ketuhanan ada tersembunyi di dalam akal manusia, dengan izin Allah, cuma nak kena brainstorm je laa (ilmu boleh membantu/guide AKAL untuk faham lebih cepat). Oleh itu, saya ingatkan diri saya dan kita semua agar menggunakan AKAL kita sebagaimana tujuan ia diciptakan. apakah tujuannya?......

iaitu untuk mengenal Penciptanya.

================================
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
AL-BAQARAH (164)

1 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
FRAMEBORDER=0 BORDER=0 MARGINWIDTH=0 MARGINHEIGHT=0 VSPACE=0 HSPACE=0 SCROLLING=NO>