TAUHID SIMPLE GUIDE
Baiklah, atas permintaan Tenno Miyake. Aku akan cuba usahakan Basic Tauhid guide. Kalau belajar memang susah, nak kena perah otak. Aku dulu pun dgn izin Allah, lepas perah otak separuh nyawa baru boleh faham. Ini kerana kebanyakan guru-guru agama ni dia explain dari kitab arab, most of them guna direct translation dari bahasa arab ke melayu so ayatnya pun dah bunyi semacam. Satu lagi tauhid ni memang rahsia Allah, so nak faham kena la banyak doa.
Baiklah untuk permulaan, kena faham maksud TIADA. Sebab semua makhluk asalnya TIADA sebelum diciptakan. Kemudian barulah kita di-ADA-kan.
*Adanya permulaan bagi segala sesuatu dibuktikan sendiri oleh Sains dalam Big Bang Theory. Penemuan Big Bang Theory ini sudah diramalkan oleh Allah dalam Al-Quran, surah Al-Anbiya, ayat 30. Banyak ayat-ayat tentang cakerawala dan kosmos dalam Al-Quran. Menurut seorang ahli kaji bintang jepun (bukan islam), "Al-Quran menerangkan tentang alam semesta seolah-seolah ianya diceritakan oleh seorang yang melihat alam semesta dari atas (overseer) krn ketepatannya mengikut kajian Sains,
OKlah balik pada topik asal, apakah maksudnya TIADA? bagaimanakah Allah telah menciptakan kita? Adakah Allah telah transfer sebahagian daripada KudratNya kpd Kita? Kalau Allah nak transferkan KudratNya kpd sesuatu yg TIADA, bagaimana ianya boleh berhasil?
SALAH FAHAM YG BIASA BERLAKU
Ramai orang menyangka apabila tuhan menciptakan makhlukNya, maka kuasa tuhan itu seolah-olah MELEKAT pada makhluk itu yg menyebabkan makhluk itu boleh hidup dengan sendirinya. Maka disangkanya bahawa segala gerak-geri dan perbuatannya adalah daripadanya sendiri. Fahaman sebegini dipanggil fahaman muktazilah dan sepakat ulamak mengatakan ianya adalah SESAT. Makhluk yang sejak asalnya TIADA, tidak mempunyai apa-apa tapak(base) untuk menerima apa-apa kuasa dan tidak memiliki apa-apa.oleh itu, disimpulkan bahawa semua makhluk yang asalnya TIADA tidak memiliki apa-apa dan tidak mampu untuk menguasai apa-apa. Jadi segala yang ada pada mereka adalah datang dari tuhan mereka, dimiliki oleh tuhan mereka dan dikuasai oleh tuhan mereka. Inilah asas bagi konsep TAKDIR atau dalam rukun imannya dipanggil QADA' DAN QADAR.
Hujah di atas membuktikan beberapa sifat yang hak bagi Tuhan iaitu
1) ADA tuhan adalah ADA yang hakiki manakala ada makhluk adalah kerana DIADAKAN
2) QIDAM = Sedia, tiada permulaan. Ada permulaan bermakna ada ruang masa di mana ianya TIADA. setiap
benda yg asalnya TIADA, sebagaimana yg dijelaskan di atas adalah mustahil bagi Tuhan.
3) BAQA = Sesuatu yang tiada permulaan bagaimana boleh difikirkan ada pengakhiran?. Science proves that time, matter and energy was created at the same time. Hehe so MASA tu sendiri adalah ciptaan dan dalam kawalan tuhan. Tuhan sendiri tidak tertakluk kepada masa. Maka boleh dibuktikan bahawa tuhan tidak mempunyai awal (QIDAM) dan akhir, yakni kekal (BAQA'). Banyak hadis membuktikan perkara ini juga (yakni masa dikawal oleh Allah). Walau bagaimanapun Ikhlas saya katakan hujah saya bagi sifat tuhan yg ini belum cukup kukuh. Kalau ada hujah yg lebih membina sila kongsikan.
4) QIYAMUHU BINAFSIH = secara ringkasnya bermaksud BERDIKARI (berdiri di atas zatNya sendiri). Tuhan tidak berhajat kepada sesuatu apa pun. Hidup tuhan dgn sendiri, hidup makhluk krn DIHIDUPKAN. perbuatan tuhan adalah dgn sendiri, perbuatan makhluk adalah krn DIPERBUATKAN oleh tuhan.
SIFAT ALLAH SIFAT MAKHLUK ADA DI-ADAKAN BERDIKARI BERGANTUNG SEPENUHNYA KPD TUHAN
Ada orang yang mengatakan, "Kalau semuanya telah ditakdirkan, tak perlulah kita buat apa-apa dan berserah saja kepada takdir". Orang yang berkata begini adalah orang yang bodoh dan gila. Kata-kata sebegini seumpama berkata "Tak usahlah kita makan, krn Allah yg memberi kenyang. Tak usah tidur, krn Allah yg bagi kuat". Allah SWT menciptakan alam ini sebagai medan ASBAB-MUSABAB (sebab & penyebab). Inilah gunanya agama Allah, sebagai asbab kemuliaan dan kehinaan. Siapa yang taat kepada perintah agama maka dimuliakan. Siapa yang engkar perintah agama maka dihinakan. Jadi siapa saja yang tidak berusaha menuruti perintah agama, maka hampir pasti kecelakaan baginya. Dalam ilmu agama, fahaman manusia yang menolak usaha/ikhtiar ini dinamakan fahaman jabbariyah dan sepakat ulamak mengatakannya SESAT. Walau bagaimanapun SYARIAT AGAMA (cara berkehidupan) hanya "relevant" untuk kehidupan dunia. Di dalam syurga Allah akan menetapkan SYARIAT yg berlainan.HARAP PERAH OTAK UNTUK POINT2 DI ATAS DULU, NANTI AKAN DITAMBAH
2 Comments:
At 6:01 PM, Izham Miyake said…
Bagus kent,
Tak dinafikan berat topik yang kau bincangkan ni.
"Science proves that time, matter and energy was created at the same time. Hehe so MASA tu sendiri adalah ciptaan dan dalam kawalan tuhan"
Apsal ada Hehe tu haha..
Oleh kerana berat, satu lagi cara ialah dengan bincangkan satu post satu topik aje. Bila banyak sangat, banyak pulak nak consume.
Buat satu-satu kent. Aku minta ni just untuk permudahkan, terutama aku yang kureng ni untuk memahami.
Sekian terima kasih :)
At 11:15 AM, Anonymous said…
InsyaAllah aku cuba. hehe memang berat pun topik ni. Ada ulamak bagitau, Fikir tentang perkara berkaitan Allah ni umpama 1000 tahun ibadah. Fikir dalam perkara agama dalam bab-bab lain ada yg 60thn ibadah, 70thn ibadah dan lain-lain. Itulah perbandingan kepentingan fikir itu. Bila akal digunakan untuk tujuan utama ia diciptakan, maka banyaklah pahalanya.
Post a Comment
<< Home