Pembuka minda, sambung sket
dah penat pikir blom?... hehe takde benda yg mahal Allah kasik mudah2. Apalagi kalau nak kenal Allah. Dalam satu hadis Qudsi Allah menyatakan:
"Aku adalah gudang yang tersembunyi, maka aku ingin diketahui. Maka aku menciptakan makhluk agar mereka mengenal-Ku"
Allah itu dinamakan "Al-baatin" yg bermakna tersembunyi, yakni bagi hamba yg jauh dari makrifat (mengenal) Allah dan juga dinamakan "Az-Zaahir" yg bermakna yang Zahir/Jelas yakni bagi hamba yg makrifat. Itulah maksud nabi SAW dalam sabdanya:
"3 perkara yg kucintai didunia ini, wangi-wangian, wanita dan sejuk mataku didalam Solah."
Dalam kitab Sirrul Asrar (Rahsia dari segala rahsia) karangan asal Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani dinyatakan (berlandaskan hadis):
"berfikir dalam masalah furu' (cabang), maka nilai fikirnya seumpama setahun ibadah. Berfikir mengenai hal-hal yang diwajibkan Allah dalam ibadah dan berfikir mengenai aturan ibadah wajib, nilai fikirnya umpama ibadah 70 tahun. Manakala berfikir perkara makrifatullah (mengenal Allah), maka seumpama seribu tahun ibadah.
*******************************************
baiklah, kembali kepada sambungan daripada pembuka minda yang awal.
KETIADAAN dalam kontek ciptaan atau makhluk boleh dibahagi kepada 2
1) Tiada zat (diri)
2) Tiada sifat (sifat bagi diri)
Contoh:
1) sebelum diciptakan, tiada zat Cahaya yg bersifat menerangi, membias, bergerak sepantas berjuta KM sesaat dll (belajar sains sendiriler hehe).
2) sebelum diciptakan, tiada batu yg bersifat keras dan kasar
(plz notice the color code)
dalam pembuka minda yang lepas saya ada tanya satu soalan kan?... iaitu
if we are nothing?.. then what is the base of our existence?
Pada peringkat ini*** boleh dikatakan bahawa asas kewujudan kita adalah KUASA ALLAH.
24 jam sehari Allah dengan kuasanya menetapkan keadaan zat dan sifat bagi makhluk2nya. Jika Allah melepaskan kuasaNya dari kita, maka kita akan kembali kepada keadaan asal kita iaitu tiada. Contohnya:
1) Allah menciptakan cahaya, dgn kuasanya Allah menggerakkan cahaya berjuta km sesaat dan bukan cahaya itu sendiri dgn kuasanya dapat bergerak. jika Allah melepaskan kuasaNya, cahaya akan kembali kepada keadaan tiada.
2) Allah menciptakan batu, dgn kuasanya Allah menentukan sifat batu yg keras dan kasar. jika Allah melepaskan kuasaNya, batu akan kembali kepada keadaan tiada.
Oleh sebab inilah rukun iman menetapkan bahawa wajib percaya kepada Qada' dan Qadar. Qadar bermakna menentukan, Qada' bermakna melaksanakan (ketentuanNya). Dalam kata lain, Allahlah yg menentukan (Qadar) sifat2 makhluknya dan dengan kuasa Allah jugalah Allah melaksanakan (Qada') ketentuan yg telah ditentukan kerana makhluk yg asal dari keadaan tiada tidak berupaya langsung untuk melakukan apa2 melainkan dengan bantuan kuasa Allah. Seluruh hukum Alam ini ditentukan dan dilaksanakan oleh Allah (cth: api panas, ais sejuk, air lembut, batu kasar, everything we can see in science etc).
demikian Allah menerangkan di dalam Al-Quran
==================================
"Innallaha 'ala kulli shai'in qadiir"
maksudnya: sesungguhnya Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu.
"Ma ashooba min mushiibatin fil ard' wa laa fi anfusikum illa fi kitaabim min qabli annabra-aha. inna zalika 'alallahi yasiir"
maksudnya: Tidak ada musibah yang berlaku di atas muka bumi dan pada diri kamu melainkan telah tertulis pada kitab (luh mahfuz) sebelum ia diciptakan lagi. Sesungguhnya yg demikian itu adalah mudah bagi Allah.
al-hadid (22)
"yas aluhu man fissamawaati wal ard kulla yaumin huwa fii sya'n"
maksudnya: berhajat kepadaNya segala yg dilangit dan di bumi, setiap hari dia di dalam kesibukan (menguruskan makhluknya)
Ar-Rahman (29)
===============================
*** Tahap pengenalan manusia terhadap Allah mempunyai tingkatan-tingkatan yang amat banyak. bagi kita diperingkat permulaan, dengan bantuan akal kita dapat melihat fakta2 yg dapat meyakinkan kita adanya pencipta yg bersifat dgn sifat ketuhanan yakni hanya Allah. dalam ilmu tauhid/tasauf ini dipanggil ilmul yakin (yakin/beriman dgn bantuan akal dan ilmu). Tingkat seterusnya ialah ainul yakin ( ain = mata, beriman setelah melihat sendiri melalui pengalaman hidup akan kekuasaan Allah, mungkin setelah dianggap beberapa hijab dan kasyaf). Seterusnya ialah Haqqul yakin (sebenar-benar beriman setelah melalui pengalaman rohani dan diangkat seberapa banyak hijab), mengenal Allah secara musyahadah yakni seolah-olah berhadap-hadapan.
Adapun akal hanya boleh digunakan untuk mencapai peringkat yakin yang pertama sahaja iaitu ilmul yakin dgn izin Allah, itupun tidak ada jaminan mendapatnya jika akal itu dicemari nafsu dan dosa. tingkat seterusnya hanya boleh dicapai melalui istiqamah dalam ketaatan yg berterusan serta mujahadatinnafs secara terus. ini adalah peringkat ahli taat dan waliyullah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home