Sang Hamba: FINE TUNE

Sang Hamba

Peringatan Buat Diriku yang Lupa

Thursday, May 11, 2006

FINE TUNE

Assalamualaikum WTH

Saya nak sambung balik penerangan tentang tauhid ni. before that saya nak FINE TUNE dulu keterangan tentang Sifat-sifat yg layak bagi tuhan yg diterangkan sebelum ni. Ianya adalah berdasarkan daripada hujah dari post terdahulu so kalau belum baca kena la baca InsyaAllah.

SIFAT WUJUD (ADA)


- Sifat wujud (ada) adalah wajib bagi tuhan. Buktinya ialah adanya alam dan segala isinya yg ADA PERMULAAN ini. Setiap yg ada permulaan, keadaan ADAnya bergantung penuh kepada zat (diri) yang meng-ADA-kan mereka. Sebagaimana dijelaskan dalam post terdahulu, makhluk yang asalnya TIADA, tidak memiliki apa-apa dan tidak mampu untuk menguasai apa-apa. Oleh itu keadaan ADA makhluk ini dikawal selia sepenuhnya oleh tuhan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dalam Surah Al-Hadid Ayat 22 Allah menjelaskan:~

"Tidak ada sesuatu perkara yang berlaku di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."


Photobucket - Video and Image Hosting

Ketahuilah, kalau anda semua suka tengok movie (filem), itu adalah perumpamaan bagi alam ini. Movie alam ini penulis skripnya adalah Allah, pengarahnya juga adalah Allah, jurukameranya juga adalah Allah. Sebelum Allah menciptakan alam ini, Allah dah tulis siap-siap SKRIP filem alam ini di Luh Mahfuz. Dan Allah jugalah yang telah memilih pelakon-pelakonnya. Sebagaimana setiap cerita ada hero dan penjahatnya, begitu juga cerita alam ini. Banyak hero dan banyak penjahatnya, banyak pembantu hero dan banyak pembantu penjahat, dan lebih banyak lagi watak sampingan baik dan jahat. Hero yg terhebat semestinya ialah junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Penjahat yg terbesar mungkin adalah Dajjal (wallahu'alam). Ini adalah kerana makhluk yang asalnya TIADA amat lemah dan tidak mampu menguasai apa-apa. Maka segala-galanya dikuasai oleh Allah dan ditentukan oleh Allah.

Allah SWT maha agung dan tidak berhajat kpd segala sesuatu. Allah tidak berhajat kepada ketaatan makhlukNya dan juga tidak dijejaskan oleh kekufuran makhlukNya. Segala kebaikan setiap makhluk adalah untuk kebaikan dirinya sendiri manakala keburukan akan merugikan dia sendiri juga. Oleh itu hendaklah kita bertaqwa kpd Allah. Kita tidak tahu peranan mana yg telah Allah berikan kpd kita. Pembantu herokah? watak sampingan baikkah? atau Na'uzubillah watak jahat.

Photobucket - Video and Image Hosting

Telah bersabda Nabi SAW
"Kalau kamu mengetahui apa yg aku tahu, pastilah kamu banyak menangis"

Hadis riwayat Imran bin Hushain ra., ia berkata: Rasulullah saw. ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni surga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka? Rasulullah saw. menjawab: Ya. Kemudian beliau ditanya lagi: Jadi untuk apa orang-orang harus beramal? Rasulullah saw. menjawab: Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi takdirnya. (Sahih Muslim 4789)

Dari Sahih Bukhari, Lebih kurang maksud hadis: "Belum mencapai hakikat iman bagi seseorang itu, sehingga dia mengetahui dengan yakin bahawa setiap yang ditentukan Allah mengenainya pasti akan mengenainya dan setiap yg ditentukan Allah melepasinya pasti akan terlepas darinya (tidak kena).

Photobucket - Video and Image Hosting

Oleh itu hendaklah kita bertaqwa kepada Allah dan sentiasa berdoa mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yg diberi Rahmat. Kuatkan usaha untuk mentaati Allah kerana itulah sebab (asbab) kemuliaan dan tidak akan mulia orang yang ingkar. Hendaklah kita sentiasa menjaga ADAB kita dengan Allah mudah-mudahan Allah mengasihani kita.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
FRAMEBORDER=0 BORDER=0 MARGINWIDTH=0 MARGINHEIGHT=0 VSPACE=0 HSPACE=0 SCROLLING=NO>