Sang Hamba: Mustahil bagi tuhan itu ada permulaan

Sang Hamba

Peringatan Buat Diriku yang Lupa

Friday, February 10, 2006

Mustahil bagi tuhan itu ada permulaan

Kalau kita perhatikan daripada yg telah dibentangkan sebelum ini (cubalah revise previous posts kalau blom baca/paham), dapat difahami bahawa mustahil bagi zat yg mengakui dirinya tuhan itu mempunyai permulaan.

kerana apa?..... kerana mempunyai permulaan itu bermakna ada ruang masa di mana dia masih lagi tiada, dan apa saja yg bermula dari keadaan tiada bermakna kewujudannya bergantung pada suatu kuasa yg telah memulakan keadaan 'ada'nya. yakni ada suatu kuasa yg mengatur setiap aspek kewujudannya yg menggambarkan betapa lemahnya dia yg sentiasa berhajat setiap masa dan ketika kepada zat yg menciptakannya. Maka tidak layak baginya dianggap sebagai tuhan.

errmm... berbelit ke ayat aku ni?...hehe cuba pikir dalam2 dan berkali2 berserta dgn doa kalau tak paham2 gak. kalau boleh pikir sampai datang yakin yg tak bergoncang gitu hehe. rasanya tak susah pun kan? mudah2an Allah kasik faham. Wallahu'alam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
FRAMEBORDER=0 BORDER=0 MARGINWIDTH=0 MARGINHEIGHT=0 VSPACE=0 HSPACE=0 SCROLLING=NO>