Hadis tentang Hamba, apatah lagi Orang Gaji
Dalam Sahih Bukhari, Hadis ke-29
Diriwayatkan oleh Al-Ma'rur bahawa beliau melihat Abu Dzar di Ar-Rabadha memakai sehelai Selendang di bahunya, manakala hamba sahayanya juga memakai selendang yang hampir sama. Saya bertanya tentang perkara tersebut kepada beliau. Beliau menjawab "Saya pernah menyakiti seseorang dgn memanggil ibunya dengan nama yang buruk. Maka Rasulullah telah memberitahu saya, "Wahai Abu Dzar! Adakah kamu telah menyakiti dia dengan menyebut nama ibunya dgn panggilan yang buruk? Jika demikian kamu masih lagi mempunyai sifat jahiliyyah. Hambamu adalah saudaramu dan Allah telah meletakkan dia dibawah jagaan kamu. Oleh itu sesiapa saja yg mempunyai seorang saudara yang dibawah jagaannya hendaklah ia diberi makan sebagaimana makanan yg kamu makan dan pakaian sebagaimana yg kamu pakai. Janganlah menyuruh dia berbuat sesuatu yg diluar kemampuannya dan jika kamu melakukannya (menyuruhnya berbuat sesuatu yg diluar kemampuannya), maka hendaklah kamu menolongnya."
================================
Hehe saja nak mengingatkan diri sendiri dan sesiapa saja diluar sana yang ada ORANG GAJI, mereka tu belom lagi tahap hamba dan mereka tu adalah saudara kita. So please ingat pesan Nabi SAW di atas. Mudah-mudahan banyak kebaikan yang akan kita perolehi diakhirat.
SIMPANAN sebenar seorang mukmin ialah apa yang ia belanjakan dan korbankan daripada apa yang dimilikinya kerana Allah iaitu apabila dia telah menukarkannya ke dalam bentuk pahala yg balasannya disempurnakan oleh Allah diakhirat kelak. inilah pelaburan yang sebenar.
Oleh itu, marilah kita mula melabur untuk kehidupan kita yg kekal abadi!
3 Comments:
At 4:33 PM, Izham Miyake said…
kat sini aku tengok orang layan orang gaji macam hamba..
At 8:47 AM, Anonymous said…
tu la pasal... hehe... aku dalam seminggu lagi dapat orang gaji. So saje nak ingatkan diri sendiri and others.
At 3:12 PM, Unknown said…
sy ada ambil quote psal simpanan ke blog sy....hope u dont mind...thanks
Post a Comment
<< Home