Buat Isteriku
I lap u!
hehe happy 4th anniversary to my beloved wife.
sorry tadak hadiah lagi,
Nothing in this world worth given
Rasulullah said (*beep* censored, thx to Taiko for the good advise),
so mesti awak tanak bangkai kan? ekekeke (alasan :P)
I wish that Allah give you His blessing and forgiveness
Semoga dipanjangkan umur dalam ibadah
Dan dimurahkan rezeki dunia akhirat
============================
15/2/2006 - 4th Anniversary
11 Comments:
At 11:43 AM, tinidewi said…
:P
At 3:01 PM, Taiko said…
kent.. Aku pernah baca dalam buku himpunan hadith2 palsu bahawa hadith 'dunia umpama bangkai' tadi juga ialah palsu. Orientalis suka reka-reka Hadith macam ni supaya Ummat Islam HANYA tumpu kat akhirat hinggakan terlupa fungsi sebagai Khalifah untuk menguruskan manusia dan bumi ini supaya sejahtera. See what happens to the Muslim World now. Weak, weeker, weekest.
Allah hasilkan bumi dalam keadaan seimbang. Allah cipta manusia juga secara fitrahnya juga seimbang. Ada dua kaki, dua tangan dua mata, dua telinga. Satu pusat, satu mulut, satu kemaluan. Semuanya sebab nak tunjukkan bahawa Islam itu seimbang. Kita kena pandai manage supaya dunia dan akhirat itu seimbang. Jangan tinggal salah satu.
If dunia itu ibarat bangkai, mari kita meninggalkan dunia atau meninggal dunia. heh he heh heh
Kalau salah tolong betulkan.
At 4:36 PM, Izham Miyake said…
Taiko,
Aku setuju dengan kau.
Hidup ni kena seimbang.
Sembahyanglah macam nak mati esok. Bekerjalah macam nak hidup seribu tahun lagi.
Insya Allah
At 7:15 PM, Anonymous said…
Dalam Al-Quran Allah bagitau bahawa "pada diri Rasulullah itu ada sebaik2 contoh teladan. yaitu bagi mereka yg meyakini hari perjumpaan dengan tuhannya". Abu Bakar R.A. sebelum perang tabuk, mendermakan seluruh hartanya krn agama dan bila ditanya oleh Nabi SAW,"apa yg kau tinggalkan untuk keluargamu?" jawabnya "Allah dan Rasul". Hehe nak tanya satu soalan. Pada pendapat anda, nabi SAW (yg sentiasa berlapar 2-3 hari) dan sahabat tu seimbang tak dunia akhiratnya?...=). Nabi miskin bukan kerana terpaksa, tapi adalah pilihan nabi sendiri. kalau nak kaya dah lama dah nabi kaya, Tsa'labah bin tsabit salah seorang yg miskin bila nabi doakan kaya dan bagi dia 2 ekor kambing akhirnya jadi millionaire & ended up lupa diri.
Apa yang Nabi SAW tunjukkan ialah teladan hidup yg sepenuh hati bergantung kepada Allah SWT. dan pertolongan Allah hanya bersama orang2 yg yakin dengan kuasa Allah. itulah sebenarnya punca kejatuhan ummat hari ini. Ummat hari ini yakin pada duit, pada teknologi, pada segala macam kebendaan dan telah belot pada erti sebenar kalimah "La ilaha illa Allah". Dalam peperangan Hunain, umat islam buat pertama kalinya jumlah mereka lebih ramai dari orang kafir menyebabkan yakin mereka telah berubah. Akhirnya mereka tewas dan Allah menegur di dalam Al-Quran "Apabila mereka sampai di suatu lembah (yg bernama hunain). Mereka menyangka jumlah mereka yg ramai dapat menyelamatkan mereka". Hehe tu baru yakin pada jumlah, belom lagi yakin pada teknologi dll. Oleh itu ummat hari ini kena perbetulkan balik SYARAT PERTAMA dalam rukun islam dan rukun iman. iaitu YAKIN YG SEMPURNA PADA KUASA ALLAH, yakin yg kita ikrarkan dalam KALIMAH SYAHADAH kita yg juga merupakan anak kunci syurga. wallahu'alam.
At 8:09 PM, Anonymous said…
Orang Islam kena faham, tuhan kita tak sama cam tuhan agama lain. Tuhan kita ghaib, tak nampak.Tuhan diorang boleh nampak dok tercegat depan depa (tuhan tipu hehe). Satu-satunya cara kita nak perasan adanya Allah ialah dengan kita sekali-sekala letakkan diri kita dalam keadaan di mana kita hanya bergantung pada Allah (dgn mengetepikan asbab) dan ini kadang kala memerlukan keadaan yg agak ekstrim. Manusia yg paling sempurna imannya ialah manusia yg paling banyak meletakkan dirinya dalam keadaan ini (Rasullullah SAW). Lagi kita nak kenal Allah, nak dekat pada Allah, lagilah kita kena selalu bergantung padanya.
Hehe apapun kita ni nak cari kebenarankan? tak kiralah ianya dari aku atau org lain. Mudah2an percakapan kita ni bukannya perdebatan kosong atau kerana riya' InsyaAllah. Apa yg aku cakapkan ini adalah daripada yg aku faham dan aku yakini. Tapi tak semestinya apa yg aku yakin tu betul. Jadi kalau ada point2 yg lain bolehla dikongsikan.
At 9:05 PM, Anonymous said…
Aku setuju bahawa hidup kena seimbang dunia dan akhirat. Tapi, aku tak setuju yang lemahnya orang Islam kerana hanya mengejar akhirat. Orang yang mengejar akhirat yakin 100% rezeki ditentukan Allah, tetapi mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh dan amanah kerana itu ibadat, Allah suruh kita cari rezeki yang halal. Hal-hal dunia yang mereka buat, dibuat dengan penuh ikhlas, kerana Allah.
To me, it should be the other way around, i.e. lemah kerana pikir hal dunia sahaja. Melihat sejarah, Tamadun Islam gah semasa iman orang Islam tip top. Bila dah mula steer away from Islam's way of life, mulalah runtuhnya Tamadun Uthmaniah.
Just my dua posen :D
About whether itu hadith palsu ke sahih, aku takleh komen la kan, sebab ilmu aku setitik air di lautan pon tak sampai kot hehe. Insya Allah, nanti kita rujuk pada yang pakar.
At 2:17 PM, Anonymous said…
I agree solely with tini.
I had also been wondering how many Muslims were actually affected with that particular hadith til they just leave all their worldly possesion and concentrate totally on akhirah?
Money and wealth's value is being shown in front of our eyes everyday.. This is yet another propaganda by the Western. Its the akhirat value that we Muslim keep on forgetting.
Me, i'm not so worried about the hadith, be it sahih, hasan or fabricated. First because, its not about aqidah. Also, there are many more sahih hadith showing the less-importance of dunya and greatness of akhirah.
Muslim deterioration now is happening due to our full concentration to own the wordly wealth. And we keep on forgetting our original purpose for being sent to this world.
Oh Allah have mercy on us!
At 2:53 PM, Anonymous said…
Yup, saya pun setuju sebenarnya yg kita tak boleh nak tinggalkan keduniaan kita. Cuma erti keduniaan itu perlu diperjelaskan lagi.
Fitrah manusia seperti makan, pakaian, kawin, tempat tinggal dll merupakan sebahagian drpd kehidupan kita di dunia ni. Cuma sejauh mana kita perlu "berikhtiar" untuk memenuhi keperluan ini ditentukan oleh tahap keyakinan kita terhadap kekuasaan dan janji2 Allah.
Contoh spt saya sendiri, sebagai manusia yg lemah iman, terpaksa bekerja sehari2 untuk cari rezeki krn doa saya tak kesampaian krn lemahnya iman dan hubungan dgn Allah. Jadi untuk tujuan menjaga iman maka kenalah bekerja. Tapi nabi SAW tak perlu kerja pun, Maryam (ibu nabi Isa) tak perlu kerja pun bahkan dapat makanan dari langit krn tahap keimanan yg jauh berbeza. Rezeki seluruh makhluk ni telah Allah tetapkan sebelum diciptakan pun lagi. Cuma sejauh mana kita yakin terhadap Allah? Sudah banyak contoh2 terdahulu terutamanya dari Al-Quran ataupun drpd sejarah yg boleh kita ambil pelajaran tetapi sepertimana saya, sejauh manakah kita sanggup meluangkan masa untuk menghayati ajaran agama kita?
At 3:08 PM, Taiko said…
kengkawan..
yang aku nak sampaikan dekat sini ialah: Hati-hati dalam mengambil hadith. Cek dulu periwayat dan sanadnya before implement it and sebarkan kat orang lain.
By the way, aku bukan cakap punca Islam itu jatuh hanyalah sebab tumpukan akhirat. Itu cuma salah satu sebab. Banyak sebab lain lagi macam yang Kent cakap tu iaitu Syarat pertama dalam islam iaitu Syahadah. Tapi, tak salah kalau nak kaya. Tak haram pun. As long as it is BALANCE.
From my understanding, untuk ambik Sejarah Rasul sebagai suri teladan, we should understand from Nabi Adam sampailah Muhammad. Memang ada banyak perbezaan antara Rasul-rasul but there is a common things yang ada pada setiap perjuangan rasul.
1. Aqidah (i'tiqod)
2. Territorial (amar maruf nahi mungkar)
3. Responsibilities (tahan nafsu)
4. Fund/Properties Management (development)
5. Equity
They are allign with:
1. Syahadah
2. Solat
3. Puasa
4. Zakat
5. Hajj
Perjuangan Nabi Muhammad SAW juga ada 6 stages umum:
1. Jahiliyah
2. Aqidah
3. Madinah
4. Hudaibiah
5. Futuh Mekah
6. Expansion to all over the world.
This is the guideline or frame in order to implement Surah Al Ahzab ayat 21 tu: "pada diri Rasulullah itu ada sebaik2 contoh teladan. yaitu bagi mereka yg meyakini hari perjumpaan dengan tuhannya dan kedatangan hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah"
Kalau tak setuju, takpe. Aku cuma bagi opinion dengan apa yan aku paham je.
At 6:14 PM, Anonymous said…
Memang tak salah kita mempertahankan apa yg kita faham cuma sebaik2nya biarlah setiap fahaman kita tu berlandaskan hubungan kita dengan Allah. Apabila kita memilih satu jalan, pernahkah kita tanya Allah adakah ianya yg terbaik bagi kita? Allah bukanlah sekadar satu tajuk perbincangan atau perbahasan bahkan lebih dari itu. Kita boleh bercakap, bermunajat, berhubung bahkan mempertaruhkan seluruh kehidupan kita padaNya. Pada pendapat aku hubungan ini amat penting sebab tak kira sebijak mana kita sekalipun, kita hanyalah makhluk Allah yg lemah. Setiap detik hati dan cetusan fikir kita hanya berlaku dgn izin Allah. So why not we ask god? Cuba tanya diri kita, selama ni dalam kita membuat apa2 keputusan, pernahkah kita tanya Allah ataupun ianya sekadar hasil dari fikiran kita yang lemah. Mungkin kita rasa sesuatu itu betul/benar, tapi tak semestinya benar di sisi Allah.
hehe banyak tol aku bercakap, amalnya tadak. karang termakan cakap plak. So i'll wrap my comment just up to here. Wallahu'alam
At 12:41 PM, Taiko said…
Ini bukan bantahan. Ini tambahan point.
Hubungan manusia dengan Allah hendaklah didasarkan dengan ILMU ALLAH iaitu Kitab Allah (ALQuran). Bagaimana nak 'bertanya' dengan Allah yang mana yang terbaik, yang mana yang kurang baik? Sebenarnya banyak soalan yang kita nak tanya pada Allah itu sudah ada jawapannya dalam Kitab Allah.
Untuk mengenalpasti jawapan yang kita dapat dari Kitab Allah itu betul, kita tengok sejarah Rasul. Apa yang Rasul buat dengan Kitab Allah? Apa yang diHASILkan dengan Kitab Allah? Apa misi, visi, strategi, planning jangka panjang, planning jangka pendek etc etc etc. Kalau synchoronize dengan apa Yang Rasulullah buat.. then I don't see any flaw at that.
Usaha - Doa -
Tawakal.
Post a Comment
<< Home