Mustahil bagi zat yang menguruskan alam ini lebih dari satu
Tahukah anda?
bahawa keesaan zat yang menguruskan alam ini boleh dibuktikan dengan akal?
dalam tajuk terdahulu telah diperjelaskan bahawa
"Segala sesuatu yang "mempunyai permulaan bagi adanya" adalah lemah. yang dimaksudkan lemah di sini ialah ianya bergantung 100% kepada zat yang menciptakannya dalam segala hal. Untuk bergerak, diam, hidup, mati, berfikir, berperasaan dll."
daripada fakta di atas boleh dibuktikan bahawa zat yang menguruskan alam ini adalah esa. Di dalam al-Quran Allah memberi sedikit pembayang bagi manusia berfikir: ~
"Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. "
Al-Anbiyaa' (22)
Oleh kerana segala gerak makhluk di alam ini diuruskan oleh zat (diri) yang menciptakannya. boleh kita bawa beberapa contoh yang menggambarkan esanya zat yang menciptakan itu.
1) kita melihat menggunakan cahaya. zat yang menggerakkan, memantulkan, membiaskan dan yg berkuasa ke atas segala sifat cahaya itu adalah zat yang menciptakannya. Maka kalau difikirkan dalam-dalam, apa yang dapat dilihat oleh kita pastilah daripada makhluk2 yang diciptakan tuhan yang sama. Bagaimana penglihatan 2 orang manusia diselaraskan untuk melihat satu sama lain? Bahkan bukan saja 2, Allah SWT jugalah yang menyelaraskan pandangan berjuta-juta manusia yang berkumpul di padang yang besar untuk melihat satu sama lain tanpa sedikitpun ada kesilapan.
Mata hanyalah satu asbab yang diciptakan Allah untuk menyembunyikan kekuasaanNya. Di dalam dunia yang sementara ini Allah menciptakan segala asbab yang serba lengkap untuk menyembunyikan kekuasaanNya dan manusia dikehendaki membongkari teka-teki ini untuk mengenali tuhannya. Di dalam Al-Quran Allah menjelaskan bahawa pandangan (penglihatan) makhluk adalah daripada Allah.
"engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). "
Al-mulk (3-4)"
Banyak lagi contoh yang boleh di bawa di sini, InsyaAllah saya akan berikan lebih banyak contoh di masa depan. Sambil-sambil tu bolehlah fikir sendiri apa yang saya terangkan di atas, mudah2an diberi faham oleh Allah. (bini dah sibuk nak guna PC ni :P, so nanti sambung balik).
Nanti akan saya bongkarkan rahsia yang lebih besar InsyaAllah, so jangan ke mana-mana. Wallahu'alam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home