Sang Hamba: 05/30/2004 - 06/06/2004

Sang Hamba

Peringatan Buat Diriku yang Lupa

Wednesday, June 02, 2004

An invitation to the TRUTH

Pencetus fikir ke arah menuju jalan ilahi:
www.harunyahya.com
---> Website mengenai Kajian Sains yang membuktikan adanya Allah
(Articles, Movies and Documentaries)

www.is-it-truth.org
---> Kajian Sains dan persamaannya dengan keterangan Al-Quran

---> Meransang akal untuk memikirkan kebesaran Allah
(ERK! sorry website ni dah kena alter, but it is a good example yang

orang kafir tak dok diam jer biler nengok ada material yang baik
tentang islam dalam internet)

Tuesday, June 01, 2004

Dari mana datangnya zarah-zarah?

Pernahkah terlintas difikiran kita semua dari mana berasalnya semua benda yang kita lihat di sekeliling kita? Untuk pengetahuan anda, semua benda yang ada di sekeliling kita dibentuk daripada gabungan zarah-zarah (matters) dan juga bukan zarah (anti-matters).
Contoh yang terbentuk dari gabungan zarah-zarah (matters) ialah diri kita sendiri manakala yang terdiri dari "bukan zarah" (anti-matters) ialah cahaya, api dan lain-lain.
Di dalam ilmu sains, permulaan kewujudan semua benda yang kita lihat pada hari ini diterangkan melalui "teori letupan besar" atau dalam bahasa inggerisnya ialah "THE BIG BANG THEORY". THE BIG BANG THEORY adalah satu-satunya teori permulaan alam semesta (yg disokong al-Quran) yang dapat dibuktikan melalui fakta yang lengkap dan tidak dapat dibatalkan oleh mana2 teori sebelum dan selepasnya. BIG BANG THEORY menjelaskan bahawa kewujudan segala benda "bermula" apabila satu letupan besar yang berlaku lebih kurang 1.5 billion tahun dahulu menerbangkan segala zarah-zarah ke seluruh pelusuk alam. Sebelum terjadinya letupan ini, tidak diketahui apakah yang wujud sebelumnya, SUBHANALLAH!. Apa yang menarik, kejadian ini telah digambarkan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Anbiya:30.

"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit (samawaat) dan bumi itu dahulunya adalah suatu yang padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya"

Al-Anbiya:30

Di dalam ayat di atas secara indirect Allah memberitahu kita bahawasanya kelak orang kafir sendiri yang akan membongkarkan rahsia permulaan alam semesta. The BIG BANG THEORY sememangnya adalah satu perkara yang biasa diketahui oleh kebanyakan orang kafir. Bahkan dalam movie, James Bond: Die Another Day, heroin dalam movie tersebut juga menyebut tentang big bang theory yang sememangnya menjadi mainan mulut mereka. Maka setelah jelas bagi mereka adanya pencipta yang maha agung ini, mengapakah mereka masih belum mahu beriman?

Menurut kajian sains juga, Alam semesta sentiasa mengembang umpama belon yang terus menerus ditiup. Setiap bintang di alam semesta sentiasa bergerak menjauhi antara satu sama lain pada arah yang bertentangan dengan arah titik asal letupan berlaku. Dan jika MASA boleh diundurkan, alam semesta akan menguncup dan semua bintang-bintang akan bertemu pada satu titik, iaitu titik asal di mana letupan berlaku. Kejadian berkembangnya alam semesta ini telah diberitakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran di dalam surah Az-Zariyat ayat ke 47.

"Dan langit itu kami bangunkan dengan kekuasaan (kami) dan sesungguhnya kamilah yang benar-benar mengembangkannya"

Az-Zariyat:47

Movie detail mengenai BIG BANG THEORY boleh di download di sini : http://harunyahya.com/m_video_detail.php?api_id=1251

** TO BE CONTINUED **

 
FRAMEBORDER=0 BORDER=0 MARGINWIDTH=0 MARGINHEIGHT=0 VSPACE=0 HSPACE=0 SCROLLING=NO>