Kisah-kisah Syurga
Hehe saja nak citer2 pasal syurga, mudah2an dapat menambahkan kesungguhan saya dan anda sekalian untuk beramal.
Di dalam syurga, dikatakan ada satu pohon yang mana jika seorang penunggang kuda terlatih menunggang dengan lajunya selama seratus tahun, maka belum juga dapat melepasi luas bayang pokok tersebut.
Walau bagaimanapun jika dibandingkan dengan besarnya syurga Allah, maka pokok tadi masih lagi dikira kecil. Dikatakan segala khazanah Allah yang ditunjukkan di dunia ini, hanyalah seumpama baki air yang terlekat pada hujung jari (atau jarum) jika dicelup ke dalam laut kemudian diangkat. Demikian maha kayanya Allah SWT. Dikatakan sejak Allah menciptakan Alam dunia ini, Allah sedikitpun tidak pernah memandang kepadanya (tiada nilai), Kalaulah dunia ini ada nilai disisi Allah hatta seumpama nilai sehelai kepak nyamuk, maka pasti Allah tidak akan memberi minum kepada orang-orang kafir.
Perbandingan luasnya Syurga Abu Bakar As-Siddiq, dikatakan Malaikat terpaksa terbang kemudian berhenti sehingga berkali2 tetapi masih belum dapat menemui hujung syurganya sedangkan semasa Nabi Ibrahim a.s. hendak dilontar ke dalam api, Jibril a.s. terbang sekelip mata untuk sampai di sisi Ibrahim drpd bawah arasy Allah SWT . Subhanallah, mudah2an kita dipilih untuk mendapat kurniaNya!
Dikatakan Huurun Ain (Anak bidadari), dihadiahkan oleh Allah kepada hambanya di dalam bekas berbentuk telur yang mana ia keluar darinya diciptakan terus menjadi anak dara yg sebaya umurnya. "Faja'alnahunna abkaaran u'ruban atraabal liashaabil yamiin" - "dan kami jadikan mereka kekal muda dan dara lagi sebaya umurnya bagi Golongan kanan" - Al-waqiah, 36-38
Dikatakan di dalam syurga seorang yg beriman mempunyai satu khemah yg diperbuat daripada mutiara yg berlubang yg panjangnya sejauh 60 batu. Yang mana di dalamnya Allah ciptakan baginya keluarga yang besar di mana sebahagianya tidak pernah melihat sebahagian yg lain.
Orang yang memasuki syurga akan diberi badan umpama badan Nabi Adam a.s. (tinggi 60 hasta), rupa seumpama nabi Yusuf a.s. dan kekal muda seperti orang berumur 33 thn.
wallahu'alam