Halangan terbesar
Do you know what is the biggest obstacle that a person who wants to purify himself (menyucikan & memperbaiki diri) need to face? I dunno what you guys will think but from my point of view, its the FOOD! I will not scare you by explaining this in details but enough to say, one wrong bite and I will end up praying Subuh at 7.30AM :P.In this so called modern world, the FOOD all around us, they are like landmines. One wrong step and you are destroyed. Especially when most of the food manufacturers in Malaysia are non-muslim (chinese mostly). Have you ever considered where did they get the money to start their business? Will there be any chance that maybe some of it come from gambling or "tikam nombor ekor" or whatsoever since it is never been probihited for them and that is what many of them like to do. Or at least, maybe they get it from non-halal or 'Riba' Scheme (Even muslims involve in this).Believe it or not I have fallen and Alhamdulillah stand again for SO MANY TIMES from this kind of 'failure to resist to food' kind of problem. We malaysians are kinda pampered in a way that is not helping our Deen. I hope Allah will keep me firm next time or at least never turn away from me everytime I fall. May Allah always guide us in our everyday life InsyaAllah.This post was written with the nature of "not to be commented". Thanks
Simple Tauhid Guide, Part 2
Sifat Allah yang ke-2 yang wajib diketahui ialahQIDAM - Sediakala, tiada permulaan
Berdasarkan penjelasan yang lepas, mudah untuk kita fahami kenapa wajib bagi tuhan memiliki sifat ini. Segala yg mempunyai permulaan, bermakna ada suatu ruang masa dimana ia masih lagi TIADA. Dan segala yang berasal dari keadaan TIADA, keadaan ADA-nya bergantung penuh kepada zat(diri) yang meng-ADA-kannya. Maka ini adalah mustahil bagi zat yg bergelar tuhan.Sifat Qidam adalah satu sifat yang penting, banyak sifat tuhan yang lain juga disandarkan kepada sifat ini. Maka harus kita fahami betul-betul perbahasan bagi sifat ini sehingga wujud yakin di hati. Ianya boleh dikatakan asas bagi kefahaman tauhid.
Hadis tentang Hamba, apatah lagi Orang Gaji
Dalam Sahih Bukhari, Hadis ke-29
Diriwayatkan oleh Al-Ma'rur bahawa beliau melihat Abu Dzar di Ar-Rabadha memakai sehelai Selendang di bahunya, manakala hamba sahayanya juga memakai selendang yang hampir sama. Saya bertanya tentang perkara tersebut kepada beliau. Beliau menjawab "Saya pernah menyakiti seseorang dgn memanggil ibunya dengan nama yang buruk. Maka Rasulullah telah memberitahu saya, "Wahai Abu Dzar! Adakah kamu telah menyakiti dia dengan menyebut nama ibunya dgn panggilan yang buruk? Jika demikian kamu masih lagi mempunyai sifat jahiliyyah. Hambamu adalah saudaramu dan Allah telah meletakkan dia dibawah jagaan kamu. Oleh itu sesiapa saja yg mempunyai seorang saudara yang dibawah jagaannya hendaklah ia diberi makan sebagaimana makanan yg kamu makan dan pakaian sebagaimana yg kamu pakai. Janganlah menyuruh dia berbuat sesuatu yg diluar kemampuannya dan jika kamu melakukannya (menyuruhnya berbuat sesuatu yg diluar kemampuannya), maka hendaklah kamu menolongnya."
================================
Hehe saja nak mengingatkan diri sendiri dan sesiapa saja diluar sana yang ada ORANG GAJI, mereka tu belom lagi tahap hamba dan mereka tu adalah saudara kita. So please ingat pesan Nabi SAW di atas. Mudah-mudahan banyak kebaikan yang akan kita perolehi diakhirat.
SIMPANAN sebenar seorang mukmin ialah apa yang ia belanjakan dan korbankan daripada apa yang dimilikinya kerana Allah iaitu apabila dia telah menukarkannya ke dalam bentuk pahala yg balasannya disempurnakan oleh Allah diakhirat kelak. inilah pelaburan yang sebenar.
Oleh itu, marilah kita mula melabur untuk kehidupan kita yg kekal abadi!