Sang Hamba: 04/30/2006 - 05/07/2006

Sang Hamba

Peringatan Buat Diriku yang Lupa

Friday, May 05, 2006

Perbualan dgn kawan tentang KALIMAH SYAHADAH

Kalimah syahadah mempunyai pengertian yang luas dan merupakan prinsip hidup setiap insan bergelar Muslim. Dalam perbualan saya dengan kawan saya hari ini ada sedikit sebanyak membincangkan perkara ini. Walaupun apa yg tertulis tidaklah mencakup keseluruhan maksud Kalimah tersebut, tetapi isinya bolehlah dikongsi untuk dihayati bersama

SAYA: aku sibuk dgn tabligh sehari dua ni.... ko ada masa boleh la join keluar 3hari ngan jemaah dari surau aku ekekekeke
DIA:
DIA: bertabligh kat office je ni.
SAYA: jangan gitu... umur tak tau panjang mana hehe
DIA: memang aaa..
DIA: keje pun ibadah apa..
DIA:
SAYA: keje ibadah selagi dibuat kerana Allah
DIA: betul.
SAYA: tapi iktikad kena betul... bukan kerja bagi rezeki... Allah yg tentukan rezeki setiap makhluk
DIA: yup..setuju.
DIA: pandai ko brader..
SAYA: tapi nak yakin atas perkara begini tak semudah perkataan... kena usahakan masuk dalam hati hehe
SAYA: dan carik ilmu yg sesuai
DIA: ko dah boleh buat ke?
SAYA: boleh buat apa?
DIA: apa yg ko bagitau aku tadi la
SAYA: aku pun tengah tonggang terbalik usahakan Iman aku sendiri hehe
SAYA: tak mudah nak yakin benda ghaib
SAYA: ilmu pun kena ada
DIA: betul la brader.
DIA: belajar la elok2 brader..
DIA: ada masa....pas2 la sikit2 kat aku..
SAYA: dalam Al-Quran Allah bagitau.... "Telah bersaksi Allah bahawasanya tiada tuhan yg layak disembah selain Dia, dan juga (telah bersaksi) para malaikat2 dan (telah bersaksi yg sama oleh) orang2 berilmu yg tetap teguh di atas kebenaran"
SAYA: orang ada ilmu tertentu boleh buktikan bahawa hanya Allah tuhan yg layak disembah.... tapi kena la cari ilmunya... khususnya ilmu tauhid
SAYA: melalui ilmu tertentu boleh diterangkan akan ketuhanan Allah dengan jelas dan tidak boleh ditolak akal
SAYA: tapi masalahnya sekarang... guru makin kurang.... suasana umat makin mungkar dan tak membantu agama
SAYA: ekekeke mesti ko boring dengar aku cakap ekekekekeke
DIA: bagus jugak benda yg ko cakap ni.
DIA: tapi aku rasa kan... kalau ada benda simple yg bole buat org paham..
DIA: lagi bagus.
SAYA: ada masa lawat la blog aku sanghamba.blogspot.com ekekeke
SAYA: oooo ermmm ada gak
SAYA: ermmm camner nak cakap yer
SAYA: mudah ko masuk blog aku... baca dari post yang pertama hehehehe
DIA: ko tulis kat situ semua ke apa yg ko belajar?
SAYA: boleh dibuktikan.... segala yang "mempunyai permulaan" = semua lemah dan bergantung kepada yang meng-ada-kannya dari keadaan tiada
SAYA: ada la sket2 aku tulis
SAYA: "ada permulaan" = bermakna ada suatu bahagian masa di mana dia masih berkeadaan TIADA
SAYA: TIADA bermaksud = tidak wujud dan tidak memiliki apa-apa
SAYA: TIADA juga maknanya ko tak relevant dengan apa-apa.
SAYA: kena faham maksud TIADA dulu
SAYA: boleh difikir sendiri
SAYA: pastuh fikir camner benda yg TIADA pada asalnya sekarang ni boleh jadi ADA
SAYA: semua yg "ADA PERMULAAN", keadaan ADAnya bergantung penuh kepada diri yang meng-ADA-kan mereka
SAYA: kerana lemahnya setiap makhluk. setiap yg mereka miliki datang dari tuhan mereka, dimiliki oleh tuhan mereka dan dikuasai oleh tuhan mereka.
SAYA: "inna lillah, wa inna ilaihi raaji'uun" = Sesungguhnya kami dari Allah, dan kami akan kembali kepadaNya
SAYA: tu salah satu hint yg Allah bagi dalam Al-Quran...
SAYA: Allah berkuasa ke atas setiap makhluk dan menentukan setiap keadaan mereka.
SAYA: dan mustahil ada lebih dari satu tuhan yg dapat mentadbirkan alam yg dipenuhi oleh makhluk2 yg lemah ini.
DIA: hmmm..
DIA: apa yg ko cerita ni semua betul..
DIA: tapi aku rasa masih akan ada yg sush nak faham..
SAYA: ermmm apa yg susah nak faham tu?
DIA: pasal x bole nak relate dgn kehidupan harian..
DIA: maksud aku ... kalau nak bercakap dgn org macam cara ko cakap laa.
DIA: pasal macam banyak kiasan.
SAYA: hehe
SAYA: dalam kehidupan yg sementara ni, atas bumi yg fana ni, Allah nak kita carik asal-usul kita
SAYA: 1) dari mana kita datang, 2) kenapa aku dihantar atas muka bumi ni 3) kemana aku nak pergi selepas ni
SAYA: Inilah 3 kegelapan yg Allah bagitau dalam Al-Quran surah Az-zumar ayat 6 (wallahu'alam)
SAYA: dan ketiga2nya telah diterangi oleh Nur hidayah yg dibawa oleh rasul2
SAYA: supaya semua orang tahu asal-usul mereka dan menggunakan Akal untuk mengesahkan keterangan rasul2 mereka
SAYA: sebab setiap rasul datang dengan "keterangan yg jelas" -bayyinaat-
SAYA: bukan sekadar datang mendakwa tanpa bukti. Tapi dijelaskan satu persatu tentang ketuhanan
SAYA: tapi ilmu ni banyak dah lenyap dari dada manusia hari ni
SAYA: sebab kita dah dilalaikan dgn kehidupan dunia kita
SAYA: dan sememangnya itulah usaha syaitan setiap hari
DIA: sebab tu.. aku tanya ko pasal benda yg tersangat berkaitan dgn kehidupan harian.
DIA: kalau nak cerita macam cara ko cerita..aku rasa ramai yg malas nak dengar.
DIA:
SAYA: oklah... dalam agama ada 2 bahagian.... pertama 1) HAKIKAT.... 2) SYARIAT
DIA: yup
DIA: ok
SAYA: pertama HAKIKAT bahawa segala-galanya dalam genggaman kuasa Allah.... dan Allah melakukan segala-galanya
SAYA: Allahlah yg menentukan takdir seluruh makhlukNya (Qada' dan Qadar)
SAYA: siapa yg dimuliakan pasti mulia... siapa yang dihinakan pasti hina...
SAYA: dan Allahlah yg mengatur rezeki, ajal, jodoh makhlukNya dll
SAYA: bahagian hakikat ni adalah HAK BAGI HATI.... DALAM HATI MANUSIA SETIAP SAAT DAN KETIKA KENA YAKIN PADA HAKIKAT INI
SAYA: bahagian 2) SYARIAT... HAK BAGI JASAD
SAYA: SYARIAT kata suruh kerja, carik nafkah. berlawanan dengan hakikat yg kata segalanya dari Allah
SAYA: oh lupa... HAKIKAT berdiri atas kalimah LA ILA HA ILLALLAH
SAYA: SYARIAT berdiri atas kalimah MUHAMMADAR RASUULULLAH
SAYA: syariat tu semua yg ditunjukkan oleh Nabi SAW... kahwinnya, cara akhlaknya, bagaimana nak berkehidupan
SAYA: itulah Islam yg luhur.
SAYA: kalau ko tanya ulamak pasal kalimah LA ILA HA ILLALLAH... dia akan bagitau camni
SAYA: kalimah ni ada 2 bahagian... PERTAMA kalimah NAFI - la ilaha -
SAYA: menafikan segala-galanya
SAYA: kemudian meletakkan kepada kekuasaan Allah... Kalimah ISBAT - illallah
SAYA: la ilaha - tiada sesuatu pun yg berkuasa, yg layak di sembah, yg menghidupkan, yg mematikan, yg menggerakkan, yg mendiamkan, yg memperlihatkan bla bla... tak berkehabisan
SAYA: illallah - melainkan ALLAH..... letak pada zat Allah
SAYA: Muhammadar Rasulullah - menyaksikan bahawa segala yg dibawa oleh Rasulullah itulah cara hidup Islam yg luhur dan diterima oleh Allah dan akan bawa kejayaan dunia akhirat
SAYA: maka segala gerak-geri nabi SAW dari ibadat sehinggalah akhlaknya, muamalatnya, muasyaratnya semuanya adalah Syariat hidup yg telah ditentukan oleh Allah untuk kita
SAYA: maka hendaklah kita penuhi kedua2 TUNTUTAN KALIMAH SYAHADAH ni..... barulah sahih islam kita
SAYA: sebab nak masuk islam kena mengucap... bila dah mengucap kena la sempurnakan tuntutan kalimah tu
SAYA: sama gak cam orang kawin... lepas dah akad nikah tu kena la jalankan tugas seorang suami
SAYA: HAK HATI, juga adalah hak Ruh, dan ruh akan jumpa Allah.... dan sapa yg jumpa Allah dengan yakin kepada selain Allah.... maka akan dimurkai
SAYA: HAK JASAD.... syariat.... adalah untuk kehidupan sementara di dunia.... dan jasad akan hancur dimakan tanah (apapun segalanya akan ditanya diakhirat atas dasar hakikat dan syariat gak)
SAYA: dalam syurga dah tak perlu kerja.... takde lapar,,,... takde dahaga.... semuanya hanya untuk suka2
SAYA: jadi SYARIAT hanya relevant dalam dunia yg sementara ni saja.... untuk memenuhi hak jasad yg sementara
SAYA: hehe
SAYA: ko sibuk ke?
DIA: x de la sangat.
SAYA: sibuk takpeler... sambung lain kali hehehe
SAYA: tak sibuk boleh aku sambung lagi ekekek
SAYA: ermm so sekarang aku nak citer pasal ikhlas
SAYA: ikhlas lillahi taala
SAYA: amal yang macam mana diberi pahala....dan yg mana takde pahala
SAYA: orang yg ikhlas bekerja contohnya.... dia tunaikan HAK HATINYA... yakin bahawa Allah yg bagi rezeki, bahawa seluruh makhluk dalam kekuasaan Allah, yg menggerakkan dan mendiamkan makhluk semuanya Allah
SAYA: dan dia bekerja semata-mata mengikut syariat nabi dan kerana mencari keredhaan Allah... HAK SYARIATSAYA: bekerja semata2 hanya nak cari keredhaan Allah.... bukan nak cari rezeki kerana rezeki sudah ditentukan Allah
SAYA: Allah yg menciptakan dan mengawal seluruh alam....itu yg dia simpan dalam hati... HAK KALIMAH - LA ILA HA ILLALLAH
SAYA: dan dia perlihatkan dalam kelakuan harian dia.... hak kalimah - MUHAMMADAR RASULULLAH
SAYA: dia beribadat.... krn cari keredhaan Allah...
SAYA: dia berakhlak mulia.... krn Allah....
SAYA: inilah ikhlas....yg amalnya diberi pahala
SAYA: sapa yg bekerja semata2 nak carik rezeki... dia sudah tidak menunaikan hak hati
SAYA: dia dah salah yakin.... maka Allah akan murka
SAYA: seorang isteri, layan suami hendaklah krn nak cari keredhaan Allah
SAYA: cinta, benci, puji, maki suami suami berlaku dgn takdir Allah
SAYA: semua gerak makhluk dari Allah....
SAYA: orang Islam yg berperang pada jalan Allah... bersih dari sifat DENDAM.... kalau dia benar2 yakin hanya Allah yg boleh mematikan
SAYA: selain dari itu,,... hanyalah asbab kematian
DIA: brader...
SAYA: yup
DIA: aku nak keluar jap...
SAYA: hehe ok
SAYA: terima kasih krn sudi dengar
DIA: tapi kalau nak tulis2 laa.DIA: karang aku baca..
SAYA: hehe ok... insyaAllah
SAYA: macam aku cakap tadi... orang yg yakin pada Allah... hatinya bersih dari segala sifat buruk.... dendam, hasad dan lain2...kerana mereka yakin hanya Allah yg boleh buat segala-galanya.
SAYA: kalau dah tiba ajal.... pasti akan mati... tak kiralah bagaimana cara kematiannya telah ditentukan oleh Allah.
SAYA: kalaulah ditakdirkan bahawa orang yg telah bunuh saudara kita dalam perang telah masuk Islam, maka org yg benar2 beriman boleh terima saudara baru mereka dgn hati terbuka. Kerana amalan mereka semata2 untuk mencari keredhaan Allah.
SAYA: tapi hari ni orang Islam tak faham agama mereka sendiri.... so macam2 keburukan dah berlaku. Allah telah hinakan orang islam melalui perantaraan orang kafir untuk mengingatkan kepada mereka supaya kembali kepada ajaran Islam yg luhur. Tapi orang islam tak faham "mesej disebalik" setiap kejadian yg ditakdirkan Allah berlaku di alam ini dan mereka membalas balik semata-mata kerana dendam. maka amalan mereka sia-sia dan tidak diterima Allah malah dimurkai.
SAYA: setiap hari Allah menegur hamba-hambaNya melalui perantaraan makhlukNya dan melalui kejadian-kejadian yg berlaku di sekeliling kita. Kalau tak perasan jugak maka Allah akan keraskan sedikit teguranNya melalui bala (kehilangan, kemalangan dll). dan kalau tak perasan jugak mungkin akan dijerkah (tsunami, gempa bumi dll) hingga menyebabkan korban besar.
SAYA: balik pada topik asal, IKHLAS... maka penting kita usahakan atas IKHLAS kita. LILLAHI TA'ALA.... barulah ada bahagian pahalanya. barulah ada can ada benda yang nak ditimbang belah kebaikan kita di akhirat kelak. dan untuk dapat ikhlas kita kena usahakan dulu yakin yang sempurna pada zat Allah yg maha berkuasa melakukan segala sesuatu di alam milikNya ini. barulah kita boleh buat amalan semata-mata untuk mencari redha Allah..... kalau tak, pasti ada niat lain selain kerana Allah....ingatlah, natijah setiap amalan adalah ditangan Allah.Untung setiap perniagaan dalam genggaman Allah, begitu juga ruginya ditangan Allah. kita hanya buat saja dengan niat ianya adalah perintah Allah (dan Allah suka/redha kpd orang yg taat perintahNya)
SAYA: So ingat, apa maksud kalimah syahadah.... penting tu.... itulah prinsip hidup orang Islam. kalau tak faham tu, maknanya kita belum faham apa itu Islam. Setiap orang Islam perlu hidup berdasarkan kalimah ni. barulah InsyaAllah ada jaminan kejayaan dan kebahagiaan yg kekal kelak.
SAYA: wallahu 'alam..... cukup dulu kot untuk hari ni.... karang banyak sangat tak ter-absorb plak. Mudah-mudahan Allah bagi faham InsyaAllah.

=================================
banyak lagi kelemahan dalam hujah di atas, mungkin boleh ditambah dalam komen nanti InsyaAllah.

Hadis Bukhari

Narrated Anas bin Malik:
The Prophet said, "Nobody who dies and finds good from Allah (in the Hereafter) would wish to come back to this world even if he were given the whole world and whatever is in it, except the martyr. Who, on seeing the superiority of martyrdom, would like to come back to the world and get killed again (in Allah's Cause)."
Narrated Anas: The Prophet said, "A single endeavor (of fighting) in Allah's Cause in the afternoon or in the forenoon is better than all the world and whatever is in it. A place in Paradise as small as the bow or lash of one of you is better than all the world and whatever is in it. And if a houri from Paradise appeared to the people of the earth, she would fill the space between Heaven and the Earth with light and pleasant scent and her head cover is better than the world and whatever is in it."


Sahih Bukhari hadis 2610

=============

A man whose face was covered with an iron mask (i.e. clad in armor) came to the Prophet and said, "O Allah's Apostle! Shall I fight or embrace Islam first? "The Prophet said, "Embrace Islam first and then fight." So he embraced Islam, and was martyred. Allah's Apostle said, A Little work, but a great reward. "(He did very little (after embracing Islam), but he will be rewarded in abundance)."

Sahih Bukhari hadis 2620





Novel tulisan adik ana... hehehe





Hehe saja nak promote buku yang ditulis oleh adik saya. Akan berada di pasaran pada penghujung Mei 2006. Jadi sapa-sapa yang minat baca novel (in this case novel bergambar), bolehla dapatkannya di pasaran kelak. Tak pun belilah untuk dihadiahkan kepada adik ke, kakak ke, abang ke atau kepada lain-lain mahram yang tidak haram hehehe. Tidak digalakkan untuk dihadiahkan kepada awek angkat atau bini angkat =) . Wassalamualaikum

 
FRAMEBORDER=0 BORDER=0 MARGINWIDTH=0 MARGINHEIGHT=0 VSPACE=0 HSPACE=0 SCROLLING=NO>