Selingan 00002: Paderi mimpi jumpa Nabi SAW
Ni nak share satu citer yg berlaku kat Sarawak, ada la seorang paderi kristian ni yg idup bersama-sama keluarganya kat satu rumah panjang ni, dia sebenarnya orang asli sarawak yg masuk kristian selepas pendakyah2 kristian banyak menjalankan aktitivi mereka di rumah2 panjang Sarawak (isk... isk... orang kafir lebih bertanggungjawab terhadap agama mereka drpd kita org Islam). Asalnya dia ni kira agama orang asli je ler, sembah jin/setan. Nak dipendekkan citer, selepas beberapa lama dalam kristian, dia ni mula la rasa sangsi dgn agama kristian ni. ape tidaknya, mereka dibenarkan campur-aduk upacara agama mereka. walaupun sudah masuk kristian, mereka masih dibenarkan utk menjalankan upacara sembah jin mereka dll.
jadi paderi ni selepas beberapa lama, kekusutan hati dia ni dah tak tertanggung lagi. ada masanya dia menangis sendirian sebab tak tau nak mengadu kat sapa. kemudian selepas itu hampir setiap hari dia menangis, menangis kerana tahu dirinya sesat, tapi dia tak tau camner nak buat.
so satu malam, paderi ni mimpi. Katanya dia jumpa seorang lelaki yg berumur, tapi tidak pernah dia melihat lelaki sesegak itu pada umur yg demikian. Lelaki tu pegang tangan dia, dan tarik dia berjalan. Terasa begitu jauh mereka berjalan sehingga selepas beberapa lama mereka sampai di satu tempat yg ada begitu ramai orang. Kemudian lelaki tu tarik dia bawa dia ke dalam satu bangunan yg ditengah2 bangunan tu ada satu Kubah hitam (kaa'bah). Pada ketika tu paderi ni teringat, "eh... bukanke ni tempat orang islam?.. kenapa aku kat sini??". Apa pun paderi ni ikut je lelaki tadi. Kemudian lelaki tadi pegang tangan dia lagi, bawa berjalan lagi. beberapa ketika sampailah mereka di satu lagi bangunan (masjid nabawi). Di situ, akhirnya nabi SAW meninggalkan dia sendirian dan paderi ini melihat nabi SAW masuk kembali ke kawasan kuburnya yg mulia. hati paderi ni begitu tersentuh dgn perjalanannya yg singkat itu, dia pun tak tahu kenapa tapi dirasakannya inilah yg dia cari-cari selama ni. tak lama kemudian dia pun tersedar.
Dia share mimpi tu dgn isteri dia, isteri dia kata ni pastinya adalah satu tanda dari tuhan. 1 year after that, they convert to Islam and if im not mistaken. 3 years later dia orang pergi Mekah. punya la terharu dia dapat lihat kembali depan mata apa yg telah dia lihat sebelum ni dalam mimpinya.
KESIMPULANNYA, Allah melihat sejauh mana keikhlasan hati hambaNya dalam mencari kebenaran, dan ilmu bukanlah satu penghalang untuk dekat pada Allah. Allah menciptakan hambaNya adalah supaya hambaNya berusaha kembali mengenali Penciptanya. Allah melihat sejauh mana kesungguhan kita berusaha untuk menyempurnakan maksud penciptaannya itu. selebihnya, yakinlah bahawa Allah sentiasa dekat dan sentiasa mendengar setiap rintihan hamba2Nya. Dia pasti akan membantu hamba2nya yg ikhlas.