Sang Hamba: 02/12/2006 - 02/19/2006

Sang Hamba

Peringatan Buat Diriku yang Lupa

Friday, February 17, 2006

Selingan 00002

Macam selingan pertama gak, so sini nak share sket satu kisah benar. Citer ni dah lama dah aku dengar, so blur2 sket tentang detailsnya tapi point2 utamanya masih aku ingat. Citer ni pasal mamat dari europe yg dah masuk Islam. Tak silap aku dia ni dari Denmark. Semasa dia pergi ke Nizamuddin (Markas jemaah tabligh) di India, dia pun share la citer masa dia awal2 masuk Islam dulu.

Dia ni tak silap aku asalnya ateis (tak caya tuhannya). So nak dijadikan asbab hidayat dia ni, one day mamat ni rasa dah bosan dengan hidup dia sehari2 ni. So he quit his job, kumpul segala duit yg ada then dia pergi melancong. Dia ni punya la melancong sakan dari satu negara ke negara lain hingga akhirnya duit dia pun dah habis. In the end oleh kerana dah sengkek sangat, daripada duduk hotel mamat ni akhirnya duduk di satu tempat yg macam gua (mungkin la tempat berbukit tepi bandar ke apa tak tau la).

Sampai satu ketika dia ni dah lapar sangat, tapi makanan tadak. Dahla duduk negara asing, sorang plak tu, apa pun tadak dah ngan dia. So oleh kerana terlalu desperate, akhirnya hati kecil mamat ni pun berdoa la mintak tuhan kasik dia makanan. Tak lama lepas dia doa, ada orang datang kasik dia makanan dari kawasan perumahan terdekat. Situasi ni berterusan selama beberapa minggu sehingga akhirnya mamat ni yakin yg sebenarnya tuhan tu ada. Selepas beberapa lama barulah dia bertekad nak merantau cari Tuhan hingga akhirnya dia masuk Islam.

-------------------

So kat sini kita boleh dapat beberapa pengajaran
1) Bila kita letak diri kita dalam keadaan di mana hanya tinggal Allah tempat kita nak bergantung, maka lebih mudah kita nak perasan yg sebenarnya Allah tu ada dekat ngan kita dan Dia selalu dengar apa kita doakan (Al-Baqarah, 186).
2) Orang peringkat permulaan macam mamat ni (dan saya juga) boleh perasan adanya Allah melalui gerak makhluknya. Allahlah yg menggerakkan dan mendiamkan segala sesuatu di alam ini. So bagi orang yg baru nak memperbaiki hubungan dgn Allah, banyakkanlah perhatikan bagaimana Allah "bercakap" dgn anda melalui pergerakan makhluk disekeliling. Segalanya bukannya accidental tetapi setiap kejadian yg berlaku disekeliling kita ada purposenya. Kalau kita benar2 memperhatikan, InsyaAllah boleh memperbaiki yakin kita yg Allah sebenarnya amat dekat dgn kita dan Dia amat berkuasa ke atas pentadbiran alam ini.

Apabila Allah tak jawab doa dan rintihan kita, jgn sekali2 menyalahkan Allah, sebab yg sebenarnya silap adalah kita sendiri. Orang terdahulu dari kita telah berdoa dan doa mereka pun telah diterima, maka kalau Allah tak terima doa kita jgn sekali2 salahkan Allah. Sedangkan Raja manusia pun ada protokolnya, inikan pula Raja semesta alam. Kalau kita pernah buat dosa tu, taubatlah dulu dan tunjukkan pada Allah yg kita benar2 ikhlas dalam taubat kita. Kemudian kena la tunjuk effort sket, sampai waktunya anda akan dapat melihat sendiri bagaimana Allah telah benar2 menjawab panggilan anda. Barulah hidup kita atas dunia ni ada maknanya.

Ramai orang hari ni putus asa dalam doa mereka, dan putus asa dgn Allah. Dalam segala hal tak pernah tanya Allah, sedangkan Allah ada di sisi kita setiap masa. Sedar tak sedar pada hakikatnya mereka langsung takda hubungan rohani dengan pencipta mereka sendiri. Ini perkara yg amat bahaya. Di dunia yg sementara ni lah kita disuruh develop hubungan kita dgn Allah dan daripada keadaan hubungan kita inilah Allah akan putuskan macam mana nak layan kita masa kita mati.

Sama jugak bila kita ada kemusykilan dalam sesuatu perkara, kalau kita tak pasti jalan mana yg kita perlu ikut dalam hidup ini. Why don't we ask Allah? bukan ke Dia sebaik2 pemberi petunjuk? dan Dialah yg menetapkan segala hukum. Allah bukannya tok pekong yg keras takleh bergerak. Tuhan kita maha hidup bahkan dia mendengar dan melihat setiap gerak jasad dan detik hati kita. Manusia hari ni (aku la ni) bila Allah pekik (contohnya Tsunami) baru nak tersedar, tu pun kejap aja insafnya. So di sini aku berseru terutamanya pada diri aku sendiri dan semua hamba2 Allah yg lain, marilah kita perbaiki hubungan kita dgn Allah, mulalah "bercakap" dgnNya. Munajat, zikir, doa dan lain2. Dan jgn putus asa, tunjukkan sedikit keikhlasan mudah2an Allah akan mula melayani anda. Wallahu'alam.

Thursday, February 16, 2006

Buat Isteriku

I lap u!
hehe happy 4th anniversary to my beloved wife.
sorry tadak hadiah lagi,
Nothing in this world worth given
Rasulullah said (*beep* censored, thx to Taiko for the good advise),
so mesti awak tanak bangkai kan? ekekeke (alasan :P)
I wish that Allah give you His blessing and forgiveness

Semoga dipanjangkan umur dalam ibadah
Dan dimurahkan rezeki dunia akhirat
============================
15/2/2006 - 4th Anniversary


Monday, February 13, 2006

Mustahil bagi zat yang menguruskan alam ini lebih dari satu

Tahukah anda?
bahawa keesaan zat yang menguruskan alam ini boleh dibuktikan dengan akal?

dalam tajuk terdahulu telah diperjelaskan bahawa

"Segala sesuatu yang "mempunyai permulaan bagi adanya" adalah lemah. yang dimaksudkan lemah di sini ialah ianya bergantung 100% kepada zat yang menciptakannya dalam segala hal. Untuk bergerak, diam, hidup, mati, berfikir, berperasaan dll."

daripada fakta di atas boleh dibuktikan bahawa zat yang menguruskan alam ini adalah esa. Di dalam al-Quran Allah memberi sedikit pembayang bagi manusia berfikir: ~

"Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. "
Al-Anbiyaa' (22)

Oleh kerana segala gerak makhluk di alam ini diuruskan oleh zat (diri) yang menciptakannya. boleh kita bawa beberapa contoh yang menggambarkan esanya zat yang menciptakan itu.

1) kita melihat menggunakan cahaya. zat yang menggerakkan, memantulkan, membiaskan dan yg berkuasa ke atas segala sifat cahaya itu adalah zat yang menciptakannya. Maka kalau difikirkan dalam-dalam, apa yang dapat dilihat oleh kita pastilah daripada makhluk2 yang diciptakan tuhan yang sama. Bagaimana penglihatan 2 orang manusia diselaraskan untuk melihat satu sama lain? Bahkan bukan saja 2, Allah SWT jugalah yang menyelaraskan pandangan berjuta-juta manusia yang berkumpul di padang yang besar untuk melihat satu sama lain tanpa sedikitpun ada kesilapan.

Mata hanyalah satu asbab yang diciptakan Allah untuk menyembunyikan kekuasaanNya. Di dalam dunia yang sementara ini Allah menciptakan segala asbab yang serba lengkap untuk menyembunyikan kekuasaanNya dan manusia dikehendaki membongkari teka-teki ini untuk mengenali tuhannya. Di dalam Al-Quran Allah menjelaskan bahawa pandangan (penglihatan) makhluk adalah daripada Allah.

"engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). "
Al-mulk (3-4)"

Banyak lagi contoh yang boleh di bawa di sini, InsyaAllah saya akan berikan lebih banyak contoh di masa depan. Sambil-sambil tu bolehlah fikir sendiri apa yang saya terangkan di atas, mudah2an diberi faham oleh Allah. (bini dah sibuk nak guna PC ni :P, so nanti sambung balik).

Nanti akan saya bongkarkan rahsia yang lebih besar InsyaAllah, so jangan ke mana-mana. Wallahu'alam.

 
FRAMEBORDER=0 BORDER=0 MARGINWIDTH=0 MARGINHEIGHT=0 VSPACE=0 HSPACE=0 SCROLLING=NO>