Sang Hamba: 05/07/2006 - 05/14/2006

Sang Hamba

Peringatan Buat Diriku yang Lupa

Thursday, May 11, 2006

FINE TUNE

Assalamualaikum WTH

Saya nak sambung balik penerangan tentang tauhid ni. before that saya nak FINE TUNE dulu keterangan tentang Sifat-sifat yg layak bagi tuhan yg diterangkan sebelum ni. Ianya adalah berdasarkan daripada hujah dari post terdahulu so kalau belum baca kena la baca InsyaAllah.

SIFAT WUJUD (ADA)


- Sifat wujud (ada) adalah wajib bagi tuhan. Buktinya ialah adanya alam dan segala isinya yg ADA PERMULAAN ini. Setiap yg ada permulaan, keadaan ADAnya bergantung penuh kepada zat (diri) yang meng-ADA-kan mereka. Sebagaimana dijelaskan dalam post terdahulu, makhluk yang asalnya TIADA, tidak memiliki apa-apa dan tidak mampu untuk menguasai apa-apa. Oleh itu keadaan ADA makhluk ini dikawal selia sepenuhnya oleh tuhan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Dalam Surah Al-Hadid Ayat 22 Allah menjelaskan:~

"Tidak ada sesuatu perkara yang berlaku di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."


Photobucket - Video and Image Hosting

Ketahuilah, kalau anda semua suka tengok movie (filem), itu adalah perumpamaan bagi alam ini. Movie alam ini penulis skripnya adalah Allah, pengarahnya juga adalah Allah, jurukameranya juga adalah Allah. Sebelum Allah menciptakan alam ini, Allah dah tulis siap-siap SKRIP filem alam ini di Luh Mahfuz. Dan Allah jugalah yang telah memilih pelakon-pelakonnya. Sebagaimana setiap cerita ada hero dan penjahatnya, begitu juga cerita alam ini. Banyak hero dan banyak penjahatnya, banyak pembantu hero dan banyak pembantu penjahat, dan lebih banyak lagi watak sampingan baik dan jahat. Hero yg terhebat semestinya ialah junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Penjahat yg terbesar mungkin adalah Dajjal (wallahu'alam). Ini adalah kerana makhluk yang asalnya TIADA amat lemah dan tidak mampu menguasai apa-apa. Maka segala-galanya dikuasai oleh Allah dan ditentukan oleh Allah.

Allah SWT maha agung dan tidak berhajat kpd segala sesuatu. Allah tidak berhajat kepada ketaatan makhlukNya dan juga tidak dijejaskan oleh kekufuran makhlukNya. Segala kebaikan setiap makhluk adalah untuk kebaikan dirinya sendiri manakala keburukan akan merugikan dia sendiri juga. Oleh itu hendaklah kita bertaqwa kpd Allah. Kita tidak tahu peranan mana yg telah Allah berikan kpd kita. Pembantu herokah? watak sampingan baikkah? atau Na'uzubillah watak jahat.

Photobucket - Video and Image Hosting

Telah bersabda Nabi SAW
"Kalau kamu mengetahui apa yg aku tahu, pastilah kamu banyak menangis"

Hadis riwayat Imran bin Hushain ra., ia berkata: Rasulullah saw. ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni surga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka? Rasulullah saw. menjawab: Ya. Kemudian beliau ditanya lagi: Jadi untuk apa orang-orang harus beramal? Rasulullah saw. menjawab: Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi takdirnya. (Sahih Muslim 4789)

Dari Sahih Bukhari, Lebih kurang maksud hadis: "Belum mencapai hakikat iman bagi seseorang itu, sehingga dia mengetahui dengan yakin bahawa setiap yang ditentukan Allah mengenainya pasti akan mengenainya dan setiap yg ditentukan Allah melepasinya pasti akan terlepas darinya (tidak kena).

Photobucket - Video and Image Hosting

Oleh itu hendaklah kita bertaqwa kepada Allah dan sentiasa berdoa mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yg diberi Rahmat. Kuatkan usaha untuk mentaati Allah kerana itulah sebab (asbab) kemuliaan dan tidak akan mulia orang yang ingkar. Hendaklah kita sentiasa menjaga ADAB kita dengan Allah mudah-mudahan Allah mengasihani kita.

Tuesday, May 09, 2006

TAUHID SIMPLE GUIDE

Baiklah, atas permintaan Tenno Miyake. Aku akan cuba usahakan Basic Tauhid guide. Kalau belajar memang susah, nak kena perah otak. Aku dulu pun dgn izin Allah, lepas perah otak separuh nyawa baru boleh faham. Ini kerana kebanyakan guru-guru agama ni dia explain dari kitab arab, most of them guna direct translation dari bahasa arab ke melayu so ayatnya pun dah bunyi semacam. Satu lagi tauhid ni memang rahsia Allah, so nak faham kena la banyak doa.


Baiklah untuk permulaan, kena faham maksud TIADA. Sebab semua makhluk asalnya TIADA sebelum diciptakan. Kemudian barulah kita di-ADA-kan.



*Adanya permulaan bagi segala sesuatu dibuktikan sendiri oleh Sains dalam Big Bang Theory. Penemuan Big Bang Theory ini sudah diramalkan oleh Allah dalam Al-Quran, surah Al-Anbiya, ayat 30. Banyak ayat-ayat tentang cakerawala dan kosmos dalam Al-Quran. Menurut seorang ahli kaji bintang jepun (bukan islam), "Al-Quran menerangkan tentang alam semesta seolah-seolah ianya diceritakan oleh seorang yang melihat alam semesta dari atas (overseer) krn ketepatannya mengikut kajian Sains,


OKlah balik pada topik asal, apakah maksudnya TIADA? bagaimanakah Allah telah menciptakan kita? Adakah Allah telah transfer sebahagian daripada KudratNya kpd Kita? Kalau Allah nak transferkan KudratNya kpd sesuatu yg TIADA, bagaimana ianya boleh berhasil?



SALAH FAHAM YG BIASA BERLAKU

Ramai orang menyangka apabila tuhan menciptakan makhlukNya, maka kuasa tuhan itu seolah-olah MELEKAT pada makhluk itu yg menyebabkan makhluk itu boleh hidup dengan sendirinya. Maka disangkanya bahawa segala gerak-geri dan perbuatannya adalah daripadanya sendiri. Fahaman sebegini dipanggil fahaman muktazilah dan sepakat ulamak mengatakan ianya adalah SESAT. Makhluk yang sejak asalnya TIADA, tidak mempunyai apa-apa tapak(base) untuk menerima apa-apa kuasa dan tidak memiliki apa-apa.


oleh itu, disimpulkan bahawa semua makhluk yang asalnya TIADA tidak memiliki apa-apa dan tidak mampu untuk menguasai apa-apa. Jadi segala yang ada pada mereka adalah datang dari tuhan mereka, dimiliki oleh tuhan mereka dan dikuasai oleh tuhan mereka. Inilah asas bagi konsep TAKDIR atau dalam rukun imannya dipanggil QADA' DAN QADAR.


Hujah di atas membuktikan beberapa sifat yang hak bagi Tuhan iaitu
1) ADA tuhan adalah ADA yang hakiki manakala ada makhluk adalah kerana DIADAKAN
2) QIDAM = Sedia, tiada permulaan. Ada permulaan bermakna ada ruang masa di mana ianya TIADA. setiap
benda yg asalnya TIADA, sebagaimana yg dijelaskan di atas adalah mustahil bagi Tuhan.
3) BAQA = Sesuatu yang tiada permulaan bagaimana boleh difikirkan ada pengakhiran?. Science proves that time, matter and energy was created at the same time. Hehe so MASA tu sendiri adalah ciptaan dan dalam kawalan tuhan. Tuhan sendiri tidak tertakluk kepada masa. Maka boleh dibuktikan bahawa tuhan tidak mempunyai awal (QIDAM) dan akhir, yakni kekal (BAQA'). Banyak hadis membuktikan perkara ini juga (yakni masa dikawal oleh Allah). Walau bagaimanapun Ikhlas saya katakan hujah saya bagi sifat tuhan yg ini belum cukup kukuh. Kalau ada hujah yg lebih membina sila kongsikan.
4) QIYAMUHU BINAFSIH = secara ringkasnya bermaksud BERDIKARI (berdiri di atas zatNya sendiri). Tuhan tidak berhajat kepada sesuatu apa pun. Hidup tuhan dgn sendiri, hidup makhluk krn DIHIDUPKAN. perbuatan tuhan adalah dgn sendiri, perbuatan makhluk adalah krn DIPERBUATKAN oleh tuhan.


SIFAT ALLAHSIFAT MAKHLUK
ADADI-ADAKAN
BERDIKARIBERGANTUNG SEPENUHNYA KPD TUHAN



Ada orang yang mengatakan, "Kalau semuanya telah ditakdirkan, tak perlulah kita buat apa-apa dan berserah saja kepada takdir". Orang yang berkata begini adalah orang yang bodoh dan gila. Kata-kata sebegini seumpama berkata "Tak usahlah kita makan, krn Allah yg memberi kenyang. Tak usah tidur, krn Allah yg bagi kuat". Allah SWT menciptakan alam ini sebagai medan ASBAB-MUSABAB (sebab & penyebab). Inilah gunanya agama Allah, sebagai asbab kemuliaan dan kehinaan. Siapa yang taat kepada perintah agama maka dimuliakan. Siapa yang engkar perintah agama maka dihinakan. Jadi siapa saja yang tidak berusaha menuruti perintah agama, maka hampir pasti kecelakaan baginya. Dalam ilmu agama, fahaman manusia yang menolak usaha/ikhtiar ini dinamakan fahaman jabbariyah dan sepakat ulamak mengatakannya SESAT. Walau bagaimanapun SYARIAT AGAMA (cara berkehidupan) hanya "relevant" untuk kehidupan dunia. Di dalam syurga Allah akan menetapkan SYARIAT yg berlainan.

HARAP PERAH OTAK UNTUK POINT2 DI ATAS DULU, NANTI AKAN DITAMBAH




Monday, May 08, 2006

Tujuan Akal & Sulthoonim mubiin

Allah menciptakan akal manusia tujuan utamanya ialah supaya manusia dapat mengenal tuhannya. Setiap rasul diutuskan dengan "Sulthoonim Mubiin" yakni "keterangan yg jelas nyata" tentang ketuhanan Allah. Kalaulah kita benar-benar menggunakan akal kita dan berfikir sedalam-dalamnya tentang ketuhanan, pasti dan pasti dgn izinNya, akhirnya kita akan berakhir dengan kesimpulan bahawa hanya Allah-lah sahaja yang layak sebagai tuhan. Proses ini akan dipercepatkan lagi jika kita mempelajari ilmu tauhid. Ilmu tauhid adalah satu ilmu lojik akal yang dibantu oleh wahyu ilahi yang membahaskan tentang sifat2 yang layak bagi tuhan.

oleh itu hendaklah setiap diri, jika masih terbaki keraguan di hati, menggunakan akal mereka untuk tujuan ini.

Walau bagaimanapun akal manusia dikuasai oleh seketul daging di dalam dadanya iaitu Hati. Baik hati maka baiklah akalnya, buruk hati maka buruklah akalnya. Maka hendaklah kita sentiasa menjaga apa yang masuk ke dalam hati kita setiap saat. sama ada dari segi zahir (makanan) atau batin (iktikad salah, lalai dari mengingati Allah dll).

Saya sedar banyak post-post di sini tidak lengkap dan memerlukan langkah-langkah tambahan dari pihak tuan untuk membuktikan kesahihannya. Apapun itulah sunnatullah, siapa yang sanggup bersusah payah kerana Allah, barulah akan diberi hidayah.

"wallazii najaahaduu fiina lanahdiyannahum subulana" - Al-ankabuut , 69

Kisah khalwat

Pagi tadi selepas subuh, Pegawai keselamatan di apartment kami minta orang-orang di surau pergi ke pondok JAGA untuk nasihatkan 1 pasangan yang diorang tangkap masa buat maksiat. So pergilah kami semua lebih kurang 6 orang semuanya ke Pondok JAGA. Nampak macam student jer lagik. Kesian gak tengok bebudak ni tak ketahuan amalnya. Apapun teguran mesti diberi. Kita kena tunjuk yang kita sebenarnya "care" dengan kebodohan amalan mereka. Kita hanya tak mahu mereka terlanjur sehingga mereka menyesal kelak. Atas dunia ni memang la syok, tapi bila dah disingkapkan yang ghaib barulah kita tahu bala besar yang menunggu

Bagi aku, apa yang berlaku tu hanyalah satu ujian dari Allah bagi kami. Allah nak tunjukkan betapa tingginya tempat yang Allah telah berikan kepada kami. Supaya kami benar-benar bersyukur di atas limpah taufiq yang Allah berikan kepada kami setiap hari untuk beramal. Setiap amal yang baik semata-mata berlaku dgn izin Allah. Allahlah yang mengawal segala gerak-geri makhlukNya dan Dialah sahaja yang layak menentukan darjat setiap makhlukNya. Kalau dikehendakiNya Allah boleh tukarkan tempat dan darjat kami dengan pasangan tadi. Instead of them, mungkin akulah yg ditangkap pagi ni. Oleh itu syukurlah wahai sanghamba!

(Syukur: meletakkan segala kebaikan yg berlaku semata-mata dari limpah kurnia Allah SWT, bukan kerana usaha sendiri. Kalau masih ada terbaki walau 0.0001% pun yang satu amalan tu berlaku kerana kebaikan diri kita sendiri, maka itu masih tidak dikira bersyukur. Kerana Dialah yang menguasai dan menentukan segala-galanya.)

 
FRAMEBORDER=0 BORDER=0 MARGINWIDTH=0 MARGINHEIGHT=0 VSPACE=0 HSPACE=0 SCROLLING=NO>