Sang Hamba: 02/19/2006 - 02/26/2006

Sang Hamba

Peringatan Buat Diriku yang Lupa

Friday, February 24, 2006

Ponder

people says: ~

"Who are we,.. without him"
"Without him,.. we are nothing"

aye.... somehow,.. its true....

What are we? without Him?....

Wednesday, February 22, 2006

Ermm......

I just learnt that not all secret can be shared. Ermm.......

Kata2 Hikmat Kepunden Skeper

Sapa yg nak jadi org berilmu
Kenalah sentiasa rasa dirinya tak berilmu

Sapa nak jadi cerdik pandai
Kenalah sentiasa rasa dirinya bodoh

Sapa nak jadi orang kuat
Kenalah sentiasa rasa dirinya lemah

-----------------------

Why?
Kerana Allah tidak menolong orang yg takbur
Kalau nak naik dan duduk dekat dgn Raja
Kenalah sentiasa bersedia merendahkan diri padaNya

Kalau rasa dah cukup ilmu,
maka tidak perlu Allah tambahkan lagi
maka jadilah ilmunya itu terhad sekadar kemampuannya
walhal ilmu Allah itu tidak terbatas

Kalau rasa dah cukup bijak,
maka tidak perlu Allah tolong lagi
maka jadilah akalnya dangkal sekadar kemampuannya
walhal Allah itu maha bijaksana

Kalau rasa diri dah cukup kuat
maka tak perlu bantuan Allah lagi
maka jadilah kekuatannya sekadar yg kuatnya makhluk
walhal Allah mempunyai kekuatan yg tak terbatas

Bermulanya kehancuran seseorang itu
apabila dia merasa dirinya telah sempurna..........

-----------------------

Pernahkah kita terfikir, ulama terdahulu,
rendah diri tetapi amat berilmu
kata2 mereka membayangkan hikmah yg tinggi
puluhan tahun solat subuh dgn wudhu' Isyak
hehe mengagumkan bukan?

Kenapa?
Kerana mereka
diberi ilmu oleh Allah
diberi hikmah dari Allah
diberi kekuatan milik Allah

hasil kesediaan mereka untuk sentiasa sujud
merendahkan diri dihadapan tuhan mereka.........

proot!

Tuesday, February 21, 2006

Merepek Meraban

Hehe, hari ni malas nak perah otak. So hari ni korang dengar aku merepek je ler. First-nya pasal tujuan asal aku tulis blog ni. Ermm pertama rasanya aku tulis sebab nak kongsi2 ilmu la kan, baru la karang aku boleh jawab depan Allah apa aku buat ngan ilmu aku ni kan kan? apapun susah nak kawal nafsu ni, so banyak-kali banyak-kala tujuan aku ni asyik melencong ajer (riya', rasa diri pandai dll). Apapun aku harap Allah ampun aku dalam usaha ni, lagipun bukannya aku tak cuba lawan. Cuma selalunya tak terlawan disebabkan kebengongan aku sendiri la kan.

Selepas beberapa post aku tulis kat sini, aku rasa mungkin dengan menulis ni gak aku boleh ajak diri aku dan kita semua ni untuk mendekatkan diri pada Allah. Akrabkan diri kita dengan pencipta kita. So korang tau la apa yg aku dah tulis la kan, semuanya untuk bagi harapan baru pada kita semua yg Allah sentiasa dan masih menunggu kita untuk kembali kepadaNya (skemanya ayat aku ni). Siapa saja yang benar2 ikhlas inginkan kebenaran, pasti Allah akan bantu dia. Tak kira dia orang alim ke, jahil ke, paderi kristian ke, Nabi ibrahim ke (seblum dia jadi nabi kan dia jahil gak kan? baca citer dia dalam Quran). So pada aku Allah akan sentiasa bersama org2 yg ikhlas inginkan kebenaran. Dalam Al-Quran Dia bagitau "dan Allah lebih mengetahui (siapa) orang-orang yang benar2 inginkan petunjuk"(Al-Qasas, 56).

Apapun, ilmu juga adalah amat penting bagi mereka yg nak "kekalkan" hubungan baik dgn Allah selepas dia dah bertobat la kan. dengan ilmu kita tahu apa yg diredhai dan apa yg dimurkai Allah dan kita tahu setiap janji2 Allah. bila kita dah tahu janji2 Allah, dengan memperhatikan setiap tindak balas Allah terhadap perbuatan kita, kita akan memperoleh yakin akan benarnya setiap janji2Nya tu (ni aku eksepelen lain kali). First sekali, bila kita nak cari ilmu, dalam keadaan ummat hari ni, kita kena doa, mintak Allah jumpakan kita dengan guru yg benar dan yakinlah, kalau kita benar2 ikhlas, pasti Allah akan jumpakan kita dgn guru yg sepatutnya kita jumpa. Ataupun kalau ianya satu perkumpulan/pertubuhan dll, mintak Allah pastikan yg kita dijumpakan dgn perkumpulan/pertubuhan yg matlamat perjuangannya tidak terpesong dan diredhai Allah.

Kalau nak tahu, walaupun aku mungkin riya' kalau share bendaalah ni, tapi mudah2an Allah ampunkan aku dan mudah2an ianya bagi kebaikan pada kita semua. Aku nak citer masa aku mula2 rasa insaf dulu.

Selepas tok guru aku meninggal dunia, dgn izin Allah aku rasa betul2 insaf. Mungkin sebab kasih sayang Allah pada tok guru aku tu yg buat Allah buka hati mereka2 yg kasihkan dia gak. Tok guru aku ni selepas dia menghembuskan nafas terakhir, seluruh bilik yg ada jasadnya tu keluar bau harum. Adik aku yg pi simpan mayat tok guru aku ni pun bagitau, sepanjang2 jalan dari rumah ke kubur mereka dapat rasa bau harum yg keluar dari jasad beliau.

So nak dipendekkan citer, dgn sedikit ilmu yg aku ada ni, aku tahu banyak guru atau pertubuhan yg dah melencong dari matlamat perjuangan yg benar2 dikehendaki Allah. Masa ni la aku rasa betul2 lost, macam dah hilang tempat bergantung. So aku cuba la cari guru baru, tapi usaha aku tu tak kesampaian. Makin hari aku rasa more lost and more tertekan. Pastu mula la aku doa pada Allah hari2 setiap malam selama beberapa lama. After a while, Allah jumpakan aku dengan sorang mamat ni. Aku pun rasa pelik gak, asyik jumpa jer ngan mamat ni. Macam magnet jer, pi mana2 ada jer kebetulannya jumpa. So akhirnya datang rasa yakin yg pertemuan tu bukanlah satu coincidence tapi adalah satu petunjuk dan aturan Allah. So i try to get close to him. In the end aku dapat tahu yg mamat ni sebenarnya orang tabligh :P. Selepas aku involve dgn tabligh ni bertambah la yakin aku dgn apa yg ditunjukkan oleh Allah.

Apapun bukanla aku nak cakap yg orang tabligh jer yg betul. Cuma aku yakin yg perjuangan golongan tabligh ni diredhai Allah dan ianya adalah tempat yg baik bagi orang macam aku ni tumpang berteduh. Siapa saja, di mana saja, asalkan mereka ikhlas dan sentiasa berpegang pada ajaran Quran dan hadis, Allah pasti bersama mereka. Banyak contoh2 di sekitar kita yg boleh kita perhatikan. Especially bila kita tengok mereka yg mayat2 mereka dipelihara Allah (tak reput). Kebanyakan mereka yg mayat tak reput (yg dalam pengetahuan aku) ada kaitannya dgn Al-Quran. Sorang tu Guru Quran, sorang tu orang tua yg selalu baca quran, sorang tu org yg banyak tolong orang, sorang tu isteri yg soleh. Kalau kita perhatikan, mereka ni hanyalah orang Islam awam walau bagaimana pun mereka ikhlas dgn agama mereka.

Apapun aku nak balik pada satu point yg aku rasa penting. Dalam kehidupan kita ni, banyak la mintak petunjuk Allah dalam segala hal. Masa solat tu ketika baca "Ihdinas siraatal mustakiim" dalam Al-fatihah tu bacalah dgn sungguh2. Kalau tak penting takdeler tuhan letak dalam surah Al-fatihah kan?... paling kurang 17x sehari kita ulang2 baca. ermmm... tu jerla aku nak share. Apapun aku ni masih lagi bengong seperti biasa, bila la nak betul2 berubah ko ni mat?? :P

wassalam.

 
FRAMEBORDER=0 BORDER=0 MARGINWIDTH=0 MARGINHEIGHT=0 VSPACE=0 HSPACE=0 SCROLLING=NO>